Lagi Kes "Keldai Dadah". Peringatan Buat Semua Gadis Di Luar Sana!

- 03.36
advertise here
Salam semua


Tadi, aku baru tengok berita kat TV 1. Salah sorang remaja perempuan (tak silap pelajar universiti) ditahan di Negara China sebab membawa masuk 100 biji pil dadah dengan cara menelan pil-pil tersebut.  Budak perempuan tu disuruh oleh seorang lelaki warga Afrika yang baru dikenalinya melalui facebook. Sebagai balasan, perempuan tu akan dapat RM 5000 bila dia balik ke Malaysia nanti. Tapi, belum sempat lagi, dah kena tahan. Aku rasa ni bukanlah kes pertama yang terjadi pada rakyat Malaysia, dah banyak kes yang dilaporkan contoh macam kes Raja Munirah dan Umi Azlim sebenarnya patut dijadikan pengajaran.  Mereka yang ditahan di luar negara sebab membawa dadah ni digelar sebagai "Keldai Dadah" dan hukuman yang bakal diterima 'Keldai Dadah' ni jika disabitkan bersalah memang berat (hingga hukuman mati).

Aduhai, kesian aku dengar kes ni sebab budak perempuan tu jadi mangsa keadaan. Kadang tu geram pun ada, sebab apa ke bangangnya budak perempuan tu sampai sanggup ikut arahan merepek lagi membahayakan diri tu. Umpama korek kubur sendiri tau. Ni semua mesti sebab janji-janji manis yang ditabur Mat Afrika tu. Kalau aku dapat mamat tu, memang aku cincang sampai lumat!!!

Jadi, pada semua gadis di luar sana (termasuk aku sendiri) jangan mudah terpedaya lagi-lagi kepada orang yang baru dikenali melalui facebook ke, twitter, atau apa je laman sosial. Sepatah kata bapak aku, " mana ada lelaki yang senang-senang nak bagi duit pada perempuan kalau takde habuannya!" Huh... tiba-tiba rasa takut nak duduk KL. Untuk bacaan lanjut berkaitan undang-undang China berkaitan dadah BACA SINI


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search