Jom Tengok The Royal Wedding of Prince William & Catherine Middleton. Dorang buat aku nak bercinta time belajar!!!

- 22.05
advertise here
Salam semua

Khabar berita perkahwinan dua jejaka idaman Malaya, Ashraff Muslim dan Zed Zaidi memang sedang hot diperkatakan sepanjang minggu ni. Daripada keunikan kad jemputan Zed Zaidi yang bertemakan Facebook, sehinggalah persoalan siapakah gadis bertuah yang berjaya memikat kedua-dua jejaka ini memang menjadi buah mulut "papparazi tak bertauliah" seperti aku ni. Tapi, dalam pada tu... sebenarnya, aku lebih menunggu tarikh 29 April 2011 ni. Kenapa 29 April ni? 


Mungkin memang takde kaitanlah dengan aku tarikh tersebut, tapi aku menunggu tarikh tu sebab itulah harinya yang mana Putera William, pewaris takhta Kerajaan Britain bakal disatukan dengan pasangan Catherine Middleton yang sungguh gojes lagi menawan hati jutaan manusia seantero dunia. Hai... bertuahlah badan Kate kan. Daripada orang biasa kepada golongan diraja! Mereka berkenalan sewaktu sedang belajar sama-sama kat Universiti of St. Andrews. Haih.... steady je kan dorang bercinta time belajar. Sampai ke jinjang pelamin pulak tu. Seronoknyaaaaa!!! Aku pun nak cam tu! Dahlah dapat putera katak raja, pandai dan humble lagi. Kalau aku pun cair!

Aku tak sabar nak tengok, baju pengantin, bunga-bunga yang kembang  semangkuk lagi segar dan nak sangat tengok Wedding of the Year ni sebab muka Prince William mengingatkan aku pada mendiang Puteri Diana yang juga sangat cantik dan mesra rakyat. Bahkan, aku lagi nak sangat tengok si Kate menggayakan CINCIN PERTUNANGAN mereka yang juga merupakan cincin Puteri Diana dulu.   Daripada raut wajah Kate Middleton tu, lembut dan peramah je kan? Harapnya dia dapat teruskan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan yang banyak dianjurkan Puteri Diana dulu. 

Kalau dulu masa Puteri Diana dan Putera Charles kahwin, dunia hanya boleh ikuti beritanya daripada surat khabar dan majalah je kan, tapi untuk kali ni punya Royal Wedding, korang semua boleh tengok live dan ikuti semua berita terkini berkaitan perkahwinan mereka dengan melayari laman web THE ROYAL WEDDING! Perghhhh.... ni lagilah bikin aku nak cepat kahwin! hehehehehe...gatal. Selain tu, ada banyak lagi berita-berita menarik sekitar perkahwinan diraja ni daripada WEB INI. Bagi yang ada Astro pulak, korang boleh menonton di channel 730 dan channel 735 dan untuk maklumat lanjut meh pegi WEBSITE ASTRO.

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search