Khas Buat Blogger Universiti Malaya!

- 22.07
advertise here
Salam semua


Tadi aku ada post kat Sahabat Blogger , satu komuniti yang sangat-sangat aktif! (Tak caya korang pegi la join, salah gaya inbox email sampai beribu email sehari.) tentang group untuk blogger-blogger UM. Sebab aku dah banyak jugak blogwalk tapi aku tak jumpa UM Blogger community. So aku pelik lah, memang tak ada komunti untuk blogger UM atau ada tapi aku yang tak alert. Than, ada blogger yang inform aku, UM Blogger Community memang ada... maybe aku je yang tak perasan kot. Maaf yer....

Sebenarnya, aku sangat berkenan bila tuan blogger buat satu column kat sidebar khas untuk member-member sekampus dengannya. Tak kiralah, first year ke, final year ke, fakulti mana sekalipun... rasa macam bersemangat sangat bila jumpa blog yang mana bloggernya  sama universiti ni.... pastu, boleh share cerita-cerita menarik yang berlaku sekitar kampus. Boleh bayangkan gitu!

Jadi, kat sini aku nak mintak tolong pada blogger-blogger  yang belajar kat UM untuk tinggalkan link dorang kat comment bawah ni beserta fakulti korang . Aku nak promote blog korang kat blog aku yang tak seberapa ni di samping aku akan jadi readers & follower yang setia untuk blog korang. Boleh??? Harapnya sudilah yer.....

Pada, student universiti lain, jangan amek hati yer.... aku tetap akan jadi pembaca dan follower setia korang. Jangan risau! Aku sangat suka memberi sokongan pada semua blogger. Tak kira baru atau lama. Asalkan semangat untuk menulis blog tu, tinggi dalam diri korang..... Selamat Berblogging dengan Gembira!






*saranan dari Cik Noyu Aida: Ex- UM & Alumni pun boleh gak!! sila-sila... jemput-jemput!



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search