Lelaki Kaya vs Lelaki Berilmu

- 02.28
advertise here
Salam semua


Mungkin ramai yang perasan dan mengakuinya. Tapi aku still nak cakap jugak. Sesungguhnya memang benar perempuan itu mata duitan atau dalam bahasa saintifiknya... materialistik. Bukan nak menjatuhkan kaum sendiri malahan bukan juga ada sifat cemburu dalam hati. Tapi itulah realiti!

Aku bercakap berdasarkan fakta. Aku tak pun nak memihak pada kaum lelaki atau bias pada mana-mana pihak. Tapi aku bercakap dari apa yang aku pandang, aku lihat dan aku teliti. Susah untuk aku ramalkan perangai manusia ni. Kesian aku tengok lelaki yang ditinggalkan. Contohnya, ada sorang mamat ni,  (A) dan perempuan Cik O. Dua-dua kawan aku. Yang perempuan ni, dulu bukan main memaksa si A untuk jadi orang yang baiklah, jadi pandai lah, itulah,inilah... kalau nak jadi "laki" dia, si A kena ikut segala kriteria yang dia nak. Si A ni, sanggup lah demi cinta kan. Buatlah apa je yang disuruh, dengan ikhlas dia buat.Tak penah rasa Cik O tu menyusahkan dia sedangkan kadang-kadang aku sendiri rasa yang Cik O  ni terlalu banyak mempersoalkan status keluarga si A. Nak kata Cik O ni kaya raya & status tinggi tu tak lah jugak, cuma dia biasa hidup senang. Tak penah rasa susah agaknya.

Dan bila Si A ikhlas menyayangi Cik O, muncullah pulak Si B yang datang tak diundang tapi setakat test market je.... si B ni kalau nak dibanding dengan si A, ilmu nye cuma hujung jarum je... tak berapa tajam untuk menusuk. Merupakan lepasan SPM , cuma lebihnya si B berbanding si A adalah pada duitnya. Dia sanggup lakukan segala-galanya sebagaimana yang diimpikan Cik O. Cik O tak langsung ingat pada si A dan semakin melupakannya. Si A dah banyak kali berjanji dan minta Cik O tu percaya, bahawa satu hari nanti, dia boleh buat & bagi apa je yang Cik O  ni nak selepas dia habis belajar dan kerja. Tapi, Cik O sentiasa disogok kemewahan. 

Sebagai kawan, aku dah penah ingatkan Cik O bahawa janganlah tinggalkan Si A cam tu jer sebab dulu masa Cik O tergila-gila kan Si A, macam-macam yang dilakukan Si A. Sanggup ketepikan keluarga demi Cik O.  Masa tu Cik O cakap, Si B dan dia tak de apa-apa. Tapi, dalam pada takde apa-apa tu, mak oi.... macam-macam yang dibuat Si B untuk pikat hati Cik O. Dalam gambar kat FB, dah macam laki bini. Peluk sana, peluk sini, pegang sana, pegang sini. Dan ketika itu, Cik O masih lagi "in relationship" dengan Si A. Aku terbayang perasaan Si A tatkala tgk Girlfren dia buat perangai cam tu. Aku penah jugak nasihatkan Cik O, Si B tu baru je dikenali. Belum tentu baik atau tidak, takut baru-baru je dia cam tu, dah lama nanti mula buat perangai sebabnya dari air muka, nampak macam lelaki gatal sangat-sangat. Tapi, nasihat aku tak penah Cik O dengar. Akhirnya Cik O clash dengan Si A dan kabur dengan kekayaan Si B.  Kesian Si A!!!

Dulu, Cik O penah cakap dengan aku, dia akan terima lelaki yang baik dan ikhlas sayang dia. Bukan sebab kekayaan, tapi bila dah jadi cam ni, dia mula mempersoalkan yang Si A tak mampu bagi dia kesenangan dan kemewahan. Jadi macam mana dia nak hidup nanti kalau dah kawen? Amboi.... jauhnya kau fikir Cik O. Aku berpendapat, mereka yang berilmu pasti akan berjaya dan rezeki tu ada. Sekarang ni Si A memang lah takde apa-apa, tapi nanti dah grad, barulah Si A ni berharta. Kenapa mesti kau perkecikan orang sampai macam tu ye Cik O? Tak ingat ke kau pada janji kau dulu? Kesian Si A tau tak....tapi aku tak boleh buat apa-apa. Tengok je lah.

Jadi, kat sini, wahai kaum wanita. Fikirlah panjang-panjang. Dulu masa kau nak dia, kau suruh dia jadi macam-macam. Diturutkan, tapi sekarang ni.... kenapa berubah hati? Kenapa dari dulu kau tak pandang pun kayanya dia, kenapa baru sekarang kau pikir kekayaan? Sebab maintenance hidup kau kat KL tinggi, jadi sama-sama belajar tak boleh nak sponsor gitu? Dan Si B boleh bagi kau duit lah dan kau bahagia? Janganlah meletakkan paras ukuran kebahagiaan pada wang ringgit sebab tak semestinya, duit berkoyan-koyan orang tu bahagia! Janganlah materialistik! Memang betul, kita kena cari yang berharta tapi tak payahlah yang show off sangat dia tu berharta. Aku percaya korang, satu hari nanti mesti Si A akan berjaya dan lebih kaya dari Si B sebab Si A lebih berilmu dari Si B!



* cerita based on true story!
* cerita ni jugak tak berniat nak memperkecilkan mereka yang lepasan SPM @ yang tak pegi IPT

harap maklum! =)


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search