Mari Sama-Sama Doakan Rakyat Malaysia Di Mesir.

- 21.58
advertise here
Salam semua



Terkejut jugak aku bila dengar berita pergolakan di Mesir yang semakin serius dan menjadi-jadi. Daripada berita yang aku baca, banduan terlepas semakin ramai dan keadaan sangat-sangat tidak terkawal. Apa yang aku bimbangkan ialah nasib rakyat kita kat sana. Maklumlah, ramai kan yang sedang menuntut ilmu di bumi Anbia tu.

Aku harap sangat, kerajaan kita bertindak dengan cepat dengan menyelamatkan rakyat kita kat sana. Kawan-kawan aku pun ramai yang ke sana. Aku bimbang dengan keselamatan mereka. Dorang menjadi mangsa keadaan. Kerajaan perlu bawak dan kumpulkan mereka di Kedutaan Malaysia.

Daripada apa yang aku tahu, connection mereka dengan dunia luar dah disekat. Internet dan talian telefon dah di block. Semakin susah kan? Macam mana agaknya khabar mereka. Aku harap kita semua dapat doakan keselamatan mereka disana sebab daripada BLOG SOLIHIN ZUBIR ada pelajar Malaysia yang dah dirogol di Mesir oleh banduan yang terlepas. Kesiannyaaaa!!!

Ya Allah, kau lindungilah sahabat-sahabat aku di sana. Lindungi mereka daripada bala bencana dan selamatkanlah mereka untuk pulang ke tanah air tercinta demi keluarga mereka! Amin....


UNTUK TERUS MENYOKONG & DAPAT KAN MAKLUMAT TERKINI :

sila KLIK " Selamatkan Pelajar & Rakyat Malaysia di Mesir"



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search