'Pondan' Pakai Shawl di Bukit Jalil

- 00.41
advertise here
Salam semua

Aku dah start cuti ni untuk Tahun Baru Cina + Mid Sem. Break sekali. Memang kerja menimbun, tapi blog tak akan aku lupa okeh. Wajib untuk jengah dan update apa yang patut. Buat masa ni aku ada plan nak cantik kan blog tapi aku masih survey lagi, mana-mana pihak yang bleh renovate blog aku ni kasi gah sikit. Tacap mana penting kan... 

Becerita pasal cantik, dalam dunia ni kalau boleh semua benda kita nak nampak cantik dan bagi cantik kan. Cantik dengan perempuan lagi lah sangat sinonim. Tak boleh pisah. Takde perempuan pun yang nak nampak buruk di mata orang lain. Macam-macam yang sanggup dilakukan untuk nampak cantik dan sempurna. Bagus. Sangat bagus... aku sendiri suka pada kecantikan. 

Cuma kadang-kadang, ada jugak yang menghias terlebih-lebih. Semalam bila aku naik bas di Bukit Jalil untuk balik ke Johor. Mak oi... aku sampai berpaling 3 kali melihat sorang budak ni. Punya nak pastikan dia ni laki ke pempuan.  Umurnya aku rasa lebih kurang aku kot... dan aku pasti dia jugak student macam aku sebab dari gayanya yang pakai shawl dan outfit yang trendy. Silap, SANGAT TRENDY. Hinggakan aku rasa outfit yang dipakai tak sesuai untuk dia naik bas, dengan shawl, kain kembang, pashmina bagai, belit sana belit sini, boots, bag, accesories kat tangan, kepala, gantung kat leher dan segala macam lah. Colours? Jangan cakap.... pelangi pun kalah.  Cuma yang lagi bertambah aku tak senang adalah make-up dia. Pada pandangan aku, budak perempuan tu lagi cantik kalau kekalkan natural beauty yang dia ada. Tak perlu lah letak eye-shadow sampai 13 kaler, merah pipi 4 inci tebal, bulu mata 5 kaki panjang. Cukup dengan kecantikan asli dia. Bila dia pakai make-up sampai cam tu... looks weird. Kira sekali pandang orang tengok dia punya solekan cam mak nyah pun ada padahal dia perempuan tulen. Tak ke naya tu? ... sampai ada 3 orang mamat sebelah aku ni... selamba je dia cakap kuat-kuat... 

" Mati-mati aku ingat bapok!  Setakat naik bas je kan. Pakai t-shirt dengan jeans pun dah lawa."

" ada sapa-sapa nak amek i jadi model shawl?"

Aku cuma dengar, tengok dan gelak kecik je. Sebab, aku pun bukan lawa mana. Tapi manis tu ada lah kot! hahahaah.... well, aku rasa kalau nak melaram tu tak salah, tapi biarlah kena gaya dan tempatnya. Sebab kalau salah gaya, dah nampak janggal. Kan lebih cantik natural beauty tu... berhiaslah untuk mereka yang berhak... lagipun, less is more. So, pasni tak maw make-up tebal-tebal sangat ek... takut nanti jantina anda diragui. 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search