Kisah Dalam Selimut Pun Nak Publish kat blog! Tak Malu ke?

- 22.15
advertise here
Salam semua

Memulakan pagi ni dengan senyuman. Cewah... bajet senyuman manis menawan ke ha?? Tolonglah... senyuman kerang busuk adalah. But, it still okeh wat... than muka masham-masham kan....jadi, marilah belajar senyum tatkala bangun sahaja dari tidurmu! woooohoooooooo............

Malam tadi, as usual as other bloggers, aku buat blogjog sikit. (kalau orang lain panggil blogwalk, tapi aku panggil blogjog sebab blh sihatkan badan sekali...buat eksesais!) aku terjumpa lah beberapa blog kepunyaan seorang wanita cantik yang sudah bergelar  ibu kepada beberapa orang anak. Secara jujurnya aku memang respect pada ibu-ibu a.k.a bloggers ni. Sebabnya bukan mudah tau nak manage masa untuk handle kerja, family dan jugak blog. Ada tu yang aku baca entry-entry dorang, kebiasaannya dorang update blog bila anak-anak dah tidur. Kadang tu, kat opis waktu rehat. Wah....bersemangat betul dorang update blog. Ada je ceritanya. Kebanyakan ibu-ibu yang berbloging ni akan gunakan kisah anak-anak sebagai main idea. Barulah diikuti kisah encik suami dan kisah diri sendiri. Aku suka jugak bila dorang bercerita tentang ragam anak-anak. Cara penjagaan dan 1001 tips kesihatan. Maklumlah, perempuan  kena  jaga badan lepas bersalin dan berkahwin. Nak jaga suami katanya.... tapi memang betul tu. Aku setuju....

Berbalik pada cerita awal. Kisah seorang ibu kepada beberapa orang anak ni, aku baca setiap enty dia. Aku bukan jenis blogwalk main singgah kejap-kejap okeh.... dok berjam jugak aku post mortem blog dia. Memula baca aku rasa blog dia ni boleh tahan lah sebab mengisahkan anak-anak dia dan cerita-cerita dia masa mengandung sampailah bersalin. Tapi bila dah nak masuk part dia sebelum mengandung tu.....aku macam rasa "ERKKKK....... tak kan sampai ko ma*n dengan laki ko pun, nak dijadikan entry kot?". Aku rileks dulu, bacalah jugak sebab umur dah nak masuk 22 tahun kan.... jadi this is a part of experience... heeheheh.... makin lama, makin details pulak.... each particular things pun nak diceritakan. Dari A sampai Z. Dari malam bawak ke subuh, bawak ke tengahari ceritanya. Kira cam sebelum, semasa dan selepas dia .......tuuuuuuuuuuttt........... siap ada dialog-dialog luc** lagi. Haissshhhh ni tak boleh jadik ni. Sebab sekali imbas, aku baca entry-entry dia part  tu dah macam aku baca blog porno pulak. Kang tak pasal-pasal plak fakta kes yang aku dah simpan dalam otak ni hilang... tak mau aku kalau cam tu.

En S: Janganlah yang...abg geli lah
Pn. I: Alaaaa taik telinga abang ni dah keras!

Mak oiiiii kak..... advancednya ko kak..... adik tau, akak memang excited untuk tambah ahli keluarga tapi biarlah berpada kak oi. Tak kan sampai cerita dalam selimut pun akak nak publish dalam blog! Bukan ke tu rahsia suami isteri? Bukan ke isteri kena jaga maruah suami? Malu adik baca entry-entry 'usaha gigih' akak tu. Cukup details kak. Kalau adik pengarah filem, adik siap boleh buat adaptasi lagi cerita akak tu. Herrrmmmm sabar jer lah adik ni kak.... Terseksa jiwa raga batin adik kak! hehehehehehe


Kak, maaflah kalau adik yang takde pengetahuan ni menegur. Tak salah kak kalau nak share pengalaman akak menjadi seorang isteri dan ibu kepada masyarakat kat luar. Tapi biarlah ada hadnya dalam bercerita. Simpanlah kisah romantik manis akak dan suami akak tu. Biarlah hanya akak dan si dia je yang tau. Kan lebih seronok.... Sebab takut menimbulkan fitnah kak. Kalau bagi hint je pun orang dah faham. Dah tau dah apa plan akak untuk malam tu. Tak perlulah perincian. Adik mengerti, bila orang dah berkahwin ni, guraunya, cakapnya dan usikannya memang ala-ala kuning gitu sebab adik bergaul dengan semua peringkat umur. Tapi macam yang adik kata tadi.... HINT SAHAJA SUDAH CUKUP! Blog-blog jugak kak. Rahsia suami, rahsia bilik tidur WAJIB disimpan yer.....

Akhir kata, adik mintak maaflah kalau teguran adik ni tak menyenangkan akak. Ni sekadar pendapat sahaja sebab masa adik sekolah dulu, ustazah yang ajar adik Munakahat dulu kata, tanggungjawab seorang isteri bukan sekadar melayan suami di katil, mengurus rumah tangga tapi turut menjaga maruah, harta dan peribadi suami serta keluarga. Besar tu kan tanggungjawabnya. Jadi, sekali lagi adik mohon maaf. Adik rasa ada baiknya kalau akak delete entry tu walaupun adik percaya akak memang sayang entry tu sebab komennya beratus-ratus. Jadi, adik takut nanti lagi bertambah 'hot' pulak kisah akan dan suami..... tak pasal-pasal lepas ni akak lebih popiler dari Ariel Peterp*rn. 

Maaf dipinta lagi ye kak!

Sekian, terima kasih.


P/s: adik juga ingatkan diri adik dan semua bloggers supaya berpada-pada dalam publish enrty! Tak semua kita boleh share kan dengan orang kat luar. Kena simpan sikit-sikit....

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search