Raja Lawak 5 : Yang Best & Yang Tak Berapa Best

- 07.57
advertise here
Salam semua



Aku tengah tengok Raja Lawak musim 5 kat Astro. Ni episod pertama. Biasalah sama macam realiti show yang lain jugak. Mengamalkan sistem undian dan tiap-tiap musim mengekalkan konsep yang sama. Tadi lepas aku tengok RL 5 ni, ada  beberapa komen aku nak buat. Cewah, kalah juri tu!!! Tiber je aku jadi komentator kan. hehehehehe.....


1. PESERTA


Peserta RL 5 kali ni untuk round yang pertama boleh tahan jugak lah lawaknya. Masing-masing ada idea dan kreativiti tersendiri. Cuma aku perasan ada beberapa peserta yang cuba mengetengahkan lawak lucah dalam presentation dorang. Ni kira cam ala-ala kumpulan Sepah dulu lah. Suka buat double meaning dan bagi orang pikir kuning.  Lawak lucah ni bukannya semua orang boleh terima sebab kalau tak kena gaya dan cara, lawak tu cam janggal je bunyiknya. Pas tu, lawak lucah ni kalau tak menjadi, dia akan jadi lawak murahan.  Jadi, aku sarankan kalau tak pandai nak melawak lucah, baik jangan. Lagi satu, kalau kita pikir RL ni rancangan berbentuk keluarga. Bila dah satu keluarga yang tengok mesti ada anak-anak kecik. Jadi cam tak sesuai pulak melawak lucah depan budak-budak. Daripada dorang tak tau apa-apa jadi tau pulak. Kan payah mak bapak dorang nak menjawap!  Bawaklah idea yang mudah dan senang untuk difahami semua lapisan umur!  Aduh.... banyak pulak komen aku. Cam lah aku ni pelawak kan! hehehehehe... tak laa... saje je nak bagi idea! For the 1st week, aku minat dengan lawak Nazmi sebab bersemangat dan catchy. Pandai guna punchline! Walau apapun ~ All the best lah pada semua peserta.


2. JURI


Seperti yang kita semua tau, kalau musim yang lepas Din Beramboi merupakan salah sorang juri tetapnya tapi tempatnya kini digantikan dengan Sathia. Pas tu, Bob Lokman pulak tadi menyatakan hasratnya untuk tarik diri. Aku terperanjat jugak bila tengok perubahan Bob Lokman. Berjubah dan berserban bagai. Jadi memang keputusan yang bijak lah bagi Bob untuk tarik diri dari RL 5 sebab tak berapa sesuai dengan penampilannya tu. Tempat Bob Lokman pulak diganti oleh David Teo! Watdefish! David Teo apa kaitannya dengan lawak-lawak ni. Memang pandai betul lah team RL 5 buat lawak!  Aduh mak.... tang ni aku ada masalah. Aku tak kesalah dia nak komen apa dekat peserta tu, tapi ayat BM dia....tunggang terbalik kot. Susah gile aku nak paham apa yang cuba dia sampaikan. Aku memang puji pada team RL5 sebab nak sahut seruan kerajaan untuk 1 Malaysia dengan membariskan juri yang terdiri dari pelbagai bangsa, tapi pada aku biarlah cari juri yang bijak untuk mengekpresikan komen. Bukan tunggang langgang ayat sampai peserta dan penonton pun pening, apa sebenarnya yang dia ni nak cakap.Harap komen aku ni membantu team RL5 dalam melahirkan pelawak yang berkualiti.


3. PENGACARA


Tak semuanya tak best kat RL 5 ni. Pada aku  yang bestnya RL ialah tang pengacara. Sumpah kot, Zizan dengan Johan memang pasangan yang sesuai sangat. Lawak dorang spontan dan memang menggelikan hati. Ada je yang dijadikan bahan. Tak peserta, juri pun kena main. Dorang tu penceria keadaan. Dah tu, professional pulak. Aku memang salute cara si Johan dan Zizan ni bila handle masalah-masalah teknikal contoh cam mike tiba-tiba tak berfungsi. Kena je gaya dorang naik stage nak pass mike tu... kadang tu, penonton ketawa sebab dorang bukan sebab lawak peserta. Pelawak macam ni lah yang kita cari. Bukan sahaja spontan tapi lawak mereka kena gaya dan tempatnya.  Memang tahniah lah pada Zizan dan Johan sebab terus kekal mengacarakan rancangan ni. Mereka memang pelawak dan bukannya  badut! Tahniah Jozan sebab menghidupkan rancangan RL!

Walau apa pun, aku harap rancangan ni dapat menjadi rancangan hiburan untuk satu famili dan sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Keep Up the good works ya!!!!

P/s: ini sekadar buah fikiran!
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search