Surat Terbuka Kepada Mark Zuckerberg Bila Dia Umum Nak Tutup Facebook

- 02.04
advertise here
Salam semua

Aper! Aper! Aper!  Hampir tercabut jugak telinga dan mata aku (toing...toing....) tatkala baca berita yang kata Facebook Will End on 15th March! Adakah benar? Dari apa yang aku baca tentang pengumuman Mark Zuckerberg tu, cam siries je bunyiknya. Siap suruh semua pengguna FB delete all the videos, pictures, notes etc. dalam FB. Malas pulak nak komen panjang-panjang, apa kata korang baca k.




(credit pada umar)


Dah habis baca? Okeh, sekarang aku ni sebagai Legal Adviser Facebook.Co (Malaysia) nak bagi sikit nasihat berguna mewakili korang semua kepada big boss Pakcik Mark Zuckerberg a.k.a PMZ.

1. Aku rasa bukan senang PMZ kalau ko nak tutup benda alah ni. Sebab nya, tak kan ko tak tau yang menatang ko cipta ni dah jadi kegilaan satu dunia. Kau dah berjaya kot hubungkan satu dunia dengan satu FB sahaja.  Boleh gile dibuatnya penduduk bumi ni kalau takde FB. Mau mati menggelupur. Apatah lagi bagi seorang student dedikasi  seperti aku.... cemana aku nak tau kelas cancel ke, tutorial ditunda ke, panggil meeting ke,  member nak INVITE pegi kenduri kahwin ke, nak SHARE LINK jawapan exam ke. Malahan susah jugak untuk UPDATE STATUS aku seperti perasaan marah/benci/happy etc. Lagi sentap bila susah untuk kawan-kawan aku nak COMMENT & LIKE status aku tu.  Dan payah jugak bila mana aku nak trace balik PEOPLE YOU MAY KNOW member-member sejak di zaman sekolah tadika dulu. Payah tu....

2. Lagi satu, tak ke ko kesian PMZ pada mereka yang TODAY IS "someone" birthday,  bilamana hari itu tiada langsung ucapan dari kawan-kawan mahupun keluarga. Tiada lagi gambar-gambar kek dan gambar kena 'prank' dengan kawan-kawan masa sambut besday! Oh, sungguh suram hari lahir itu.

3. Kasihan lah pada mereka yang baru memulakan perhubungan. Baru nak promote gefren dan bopren. Dengan harapan, mak bapak dah tau hubungan mereka dan berdoa supaya mak bapak LIKE relationship tu. Jadi, tak payah lagi sesi temuduga yang mengerikan. Kalau tak suka pun, mereka sekadar DISLIKE. Takdelah kena bebel dan kena ugut.  Pastu, yang sedang ITS COMPLICATED juga pasti akan berduka kerana tidak tahu dengan siapa mahu dicerita dilema yang melanda diri. Bagi yang SINGLE, lagilah meroyan dibuatnya. Sebab dah takde dah tempat official untuk promote diri dan usha-usha pacar yang sama single. Dah susah lah nak cuci-cuci mata monitor RECENT STATUS / ACTIVITIES mereka yang  sedang diintai. Begitu juga nasib yang sama pada mereka yang telah DIVORCED. Apakah yang bakal terjadi pada perhubungan mereka ni semua jika tiada FB?

4. Pastinya, jika tiada FB... tokeh-tokeh butik, kedai dan segala macam BUSINESS ACTIVITIES akan terencat. Maka, ekonomi negara akan meleset dan kemungkinan jatuh merudum saham di Bursa Saham Negara. Sudah kompem la, model-model ayu susah mencari makan sebab mereka tiada porftfolio pun. Semua dia bubuh kat FB. Takde satu pun yang disimpan! Lagi susah, bila EVENT menjelma tapi tak de cara nak jemput kawan-kawan datang EVENT tu. Bagi COMMENT & RSVP mereka. Oh, sedihnya!

5. Yang paling tak boleh tahan adalah para pecinta game di FB. Mesti mereka akan menangis meraung-raung sebab segala macam Ville seperti FARMVILLE, PETVILLE yang dibina selama berjam-jam dan berbulan-bulan tidak lagi dapat diusahakan. Tidak lagi dapat dituai hasilnya. Tidak lagi dapat dijana duit daripadanya. Bagaimana mereka mahu meneruskan hidup sebab dah rasa game umpama study. Jadi langsung tidak rugi! Semakin untung woooo....

6. Bagaimana para skandal di luar sana nak meneruskan aktiviti SCANDALISME mereka? Susah lah suami A dan berhubungan dengan isteri B. Dan payahlah mereka nak bagi bertukar dan TAG in PHOTO ALBUM gambar sesama mereka. Kasihannyaaa.....


7. Tak dilupa, semakin susah lah sesetengah GROUP yang sangat suka membenci orang lain untuk menaikkan rating LIKE mereka. Maka nya, semakin terpadamlah semangat saling membenci tu sedangkan setelah sekian lama disponsor oleh FB sendiri. Tak parah ke PMZ?


Jadi, kepada PMZ, tak kan lupa masa speech opening FB dulu PMZ punye mission... ialah....

  GIVE PEOPLE THE POWER TO SHARE AND MAKE THE WORLD MORE OPEN AND CONNECTED. 

Fikirlah dulu berjuta-juta dan berlemon-lemon kali sebelum PMZ menutup FB ni. Memanglah sekarang PMZ dah kaya, boleh sara 17 keturunan makan dengan duit FB ni, tapi PMZ tengoklah betapa besarnya kesan bilamana PMZ menekan butang DELETE pada keyboard PMZ. Pasti umpama gelap gelita satu dunia. Lagipun, mentang-mentang PMZ dah kaya sekarang, PMZ sengaja  nak bagi kite sengsara yer??? Janganlah begitu PMZ. Pasti berduka seantero dunia. 

Itu sahaja nasihat saya. Mohon dipertimbangkan dan diluluskan permohonan saya ni....


MOHON MENCADANG! 
ikhlas : penasihat undang-undang FB (Malaysia) - Innanie Ariffin


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search