Segmen Jom Berkenalan (by Loqman Hakim)

- 09.09
advertise here
Salam semua.

Bila ayah aku dah tido, barulah aku ada masa untuk diri sendiri. Buat rutin harian aku. Aku rasa sejak aku join dunia blog ni, semakin ramai bloggers yang aku giler-giler admire dengan hasil tulisan mereka. Ditambah pulak dengan kreativiti masing-masing hias blog. Memang boleh buat mata aku senyum-senyum lah! (cemana mata senyum ek? Aku pun tak tau!). Tapi ada jugak ramai blogger yang belum aku kenal & ziarah blognya. Jadi disebabkan tu, aku decide nak join satu segmen yang dianjurkan oleh BRO LOQMAN HAKIM iaitu SEGMEN JOM BERKENALAN. 



Soalan 1: APAKAH STATUS ANDA

Jawapan: Masih anak dara & belum dimiliki apatah lagi disunting kan? hehe...mendalam gitu jawapan i

Soalan 2: CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA

Jawapan: Banyak perkara yang aku dah sharekan tentang diri aku kat blog ni. Walaupun tak semua, tapi aku rasa  memadai lah kan. Tapi tak pelah, disebabkan request dari pihak organizer, aku dengan senang & ringan tangannya menjawap soalan ni okeh! 

Nama aku dalam I/C ialah NUR FATEEN INNANIE BT ARIFFIN. Tapi kat blog aku guna Innanie Ariffin. Komersial lah kononnya kan. Aku ni memang asal & purely JOHOREAN. Aku lahir di Batu Pahat & besar kat Kluang. Umur aku 21 tahun dan aku tengah bertapa kat UM tu untuk 4 tahun. Nanti lepas 4 tahun, aku menetap plak kat mana-mana mahkamah. Insya-Allah la. Aku rasa aku ada satu communication skill yang agak bagus sebab aku boleh masuk je bile borak ngan mana-mana orang. Tak kira lah tua ke muda, lelaki dan perempuan, malahan apa jugak bidang kerjaya pun aku boleh berborak. Kawan-kawan aku pun pelik! Dan untuk rekod aku sendiri lah, aku pernah berborak panjang  & beramah mesra dengan salah seorang pesakit HIV + TIBI yang berusia 41 tahun masa kat hospital hari tu. Memang tak dijangkalah, tapi aku layan secara berhemah. So, disebabkan aku ni ramah tamah (mengikut situasi ye,bukan 24 jam bercakap) jadi korang semua tak yah la memalu nak tegur aku. Citelah apa saje, mesti punya aku layan!

Soalan 3: CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA

Jawapan: Sebenarnya, ni merupakan blog aku yang ke-2. Yang 1st tu, sekadar percubaan dan aku belum betul-betul serius nak menulis. Idea banyak tapi skill menulis waktu tu masih kureng. Jadi, aku decide lah untuk off kan blog 1st dan buat 2nd blog yang mana aku rasa lebih confident & idea yang aku keluarkan lebih tersusun dan mesra pelanggan. Aku selalu anggap yang blog ni sebagai sebuah kedai. Bukan sebagai diari. Kalau kita ada kedai, kita mesti nak pelanggan kita selalu datang & jengah kedai kita kan. Jadi, macam tu jugak yang aku harapkan dari blogger kat luar tu. Aku sangat suka bila sekali dorang melawat blog aku, dorang akan datang lagi & sudi share cerita dengan aku. Pasal tu lah, aku concern dan cuba bagi respon pada setiap comment & visitor yang datang melawat blog aku. Aku tak nak dorang kecik hati & rasa menyampah nak jenguk blog aku ni. Aku jugak cuba untuk susun atur blog aku dengan sebaik & sekemas yang mungkin supaya senang visitor nak cari aku. 

Selain tu, aku juga percaya dengan gaya penulisan blog yang baik dapat pikat visitor. Gaya penulisan yang baik ni adalah satu soft skill yang aku applied kan dari communication skill yang aku ada. Aku kerap & sangat suka publish entry "BUKAK MATA". Dengan cara ni, visitor aku dapat bagi idea/comment/pengalaman dengan aku terhadap isu-isu yang aku ketengahkan. Aku juga suka berkongsi serba sedikit selok belok undang-undang yang aku belajar kat faculty tu. Jadi, aku rasa blog aku ni merupakan wadah terbaik untuk aku asah soft skill aku!

Soalan 4: NASIHATKAN RAKAN YANG BARU NAK BUAT BLOG

Jawapan: Janganlah risau takde idea atau masa kalau buat blog. Yang penting semangat, ketekunan & keberkesanan cara penyampaian korang. Memula memanglah korang ZERO, tapi rajin-rajin belajar & usha blog sana-sini. Nanti korang akan dapat banyak input berguna. Masa memula tu, tahankanlah hati korang ye dari perasaan jeles sebab korang akan jumpa beribu @ berjuta blog yang sangat GOJES + AWESOMMME....

Soalan 5: NYATAKAN KEUNIKAN YANG ADA DI BLOG ANDA

Jawapan: Keunikan? Apa yer, apa yer? Haaaa dah dapat dah jawapannya! BLOG AKU UNIK SEBAB TUAN PUNYA BLOG TU ADALAH AKU! yeeeeehaaaaa! memang confiden kan jawapan aku. Tapi, blog aku, suka hati akulah nak define keunikannya cemana. Tak gitu?

Soalan 6: SAMPAI BILA ANDA AKAN MENULIS BLOG & IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG

Jawapan: Sampai bila tu aku tak tau lah, tapi aku cuba untuk maintain mood berblog ni selama mungkin & impian aku dalam dunia blog ni, aku nak cuba asah skill aku dalam deliver idea secara tersusun & mudah difahami. Selain tu, aku jugak berimpikan untuk memiliki blog yang MAHA cantik & superb disamping MASTER tahap DEWA dalam editing & photoshop!

Soalan 7: Tag 4 orang kawan yang lain

Jawapan:  1. Pink Pearl Lady @ http://pinkpearllady.blogspot.com/ 
                   2. Misz Una @ http://dontcallmeafool.blogspot.com/
                   3. Esty Raa @ http://eistiramohdsaleh.blogspot.com/
                   4. Cik Amy @ http://kilauancintasangratu.blogspot.com/

Jadi rasanya, dengan terjawap kesemua soalan maka sah lah saya telah join ini segmen! 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search