Dulu Aku Lawyer, Sekarang Aku Doktor !

- 06.53
advertise here
Salam semua.

Ramai yang bertanya pada aku macam mana keadaan ayah aku sekarang kan. Terima kasih banyak-banyak pada mereka yang concern pada aku & family aku. Tak lupa juga pada semua kawan-kawan yang mendoakan ayah aku. Terharu aku dibuatnya. Pada mereka yang tak tau apa cerita sebenar, silalah rajinkan diri anda baca entry aku sebelum ni.... supaya anda mengerti apa yang saya bakal ceritakan.

Aku buat entry ni adalah untuk bagitau kat korang tentang perkembangan kesihatan ayah aku. Alhamdulillah banyak perubahan positif yang dah ada pada dia. Lepas keluar dari hospital tu, salah sorang pakcik aku bawak kan tukang urut daripada Sungai Balang, Muar. Seorang nelayan yang cukup humble. Dia urut ayah aku untuk 3 hari berturut-turut. Dan semalam merupakan sesi urutannya kali ke-4. Sekarang ni tangan ayah dah boleh diangkat sikit dan menggenggam. Kaki pun dia boleh angkat sikit gak cuma agak lemah la. Walaupun sikit tapi aku sangat happy. Sebab ada perubahan. Setiap pagi & petang mak aku akan tuam badan dan kaki ayah aku dengan air panas untuk melancarkan darah. Bagi makan madu + air suam untuk tambah tenaga. Aku akan buat fisioterapi untuk ayah di waktu pagi dan petang. Setiap 4 jam, aku akan amek tekanan darah ayah aku dan pastikan tekanan dia stabil iaitu tak lebih 140/90. haisssh kalah kakak nurse kan!  Untuk pengetahuan semua, menurut doktor, ayah aku bukan kena strok/ angin ahmar. Tapi Hypertension & pendarahan otak. Entahlah, mana-mana lah yang penting sekarang ni aku just nak ayah aku baik seperti sedia kala. 



Pendarahan otak yang dialami ayah aku mengenai saraf pergerakannya dan benda ni memberi kesan pada pertuturan dan ingatan ayah aku. Memang mula-mula masa kat wad kecemasan, pertuturan ayah aku susah untuk difahami. Tapi semakin hari pertuturan ayah  dah semakin baik. Terapi yang aku buat setiap hari membuahkan hasil. Untuk pulihkan ingatan pulak, aku gunakan terapi yang aku buat & kaji sendiri. "Terapi Soalan". Aku kerap bertanya pada ayah aku tentang apa sahaja. Contohnya, kalau kawan-kawan dia datang, aku tanya pada ayah aku sapa nama kawan-kawan dia. Kawan-kawan dia tinggal kat mana. Lepas tu, bila azan, aku akan tanya siapa nama yang azan tu. Supaya dia boleh  mengecam suara melalui pendengaran dia jugak.  Untuk elakkan stress bila dia lambat atau tak dapat jawab soalan aku tadi, aku akan bagi hint dan buat terapi tu secara humor. Jadi, dia akan gelak-gelak di samping buat exercise untuk mukanya. Memang agak rumit dan susah untuk terima keadaan tu, tapi aku tak kan mengalah. 


Blood Pressure Machine
Bila ayah aku kena penyakit macam ni, aku mula belajar cara rawatan & penjagaan pesakit. Ketua jururawat HSA sendiri yang panggil aku dan ajar cara penjagaan. Bukan secara fizikal je, emosi & perasaan pun kena diambil kira. Sebenarnya, aku belajar BERSABAR. Bersabar melayan kerenah ayah. Alhamdulillah, aku tabah & sabar hadapi segala ujian. Tak putus-putus orang masjid menziarahi ayah. Macam tu jugak anak-anak buah ayah di JKR. Sedia membantu tak kira masa. Memang bersyukur sangat. 

Aku redha & sabar dengan semua ni. Insya-Allah ada hikmah & kegembiraan yang bakal kami sekeluarga terima. Semoga ujian ni membersihkan hati & dosa kami sekeluarga. Sekali lagi, aku memohon doa dari anda semua. Terima kasih.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search