Saya GAY, Saya Ok! Apa komen korang?

- 07.22
advertise here
Salam semua


Semakin jauh pulak aku dengan blog kesayangan ni hinggakan ada yang bertanya bila lagi aku nak kuar dengan entry-entry 'bukak mata'. Sebenarnya, memang jauh dalam hati aku ni teringin benar menghadap laptop 24/7 dan    kuarkan entry-entry yang best serta join contest, GA & lucky draw yang ada cuma kekangan masa membantutkan niat aku ni. Buat masa sekarang, masa aku agak terhad untuk blog & diri sendiri sebab aku banyak tumpukan masa pada ayah aku. Dia lebih banyak memerlukan aku sebab kudrat yang Allah bagi pada aku untuk jaga dia.

Tapi, hari ni aku online je.... tiba-tiba je darah aku mengelegak bila tengok satu video yang di publish di OH MEDIA. Meh aku tunjuk kat korang mamat yang bikin aku panas ni..... Namanya Azwan Ismail.... adakah geng Azwan Ali? Mana tau kan.....


jangan nak bangga sangatlah ko popular

Untuk pengetahuan korang, dalam video ni mamat ni dengan selamba & beraninya mengaku bahawa dia adalah seorang GAY! Wah memang berani laa ko bang. Berani untuk kena tamparan hebat SATU MALAYSIA.

Komen aku pada video ni senang je. Inilah namanya manusia yang kurang ilmu agama. Terlalu mengikut nafsu. Terlalu bangga & rasa dirinya betul sedangkan apa yang dibuat tu salah. Dia lebih mengagungkan karya Shanon Ahmad dari Karya Agung Allah SWT (Al-Quran). Dalam karya Shanon Ahmad tu, yang kononnya ditafsirkan olehnya supaya setiap manusia perlu mengenali diri sendiri dan berhak menyuarakan pada orang lain sapa yang kita ingin jadi dan bukannya orang lain itu. Aku tak rasa Shanon Ahmad menulis karya tersebut untuk golongan songsang seperti Azwan Ismail ni. Cuma dia sahaja yang menjadikan tulisan Shanon Ahmad tu sebagai satu garis panduan yang menyokong bahawa apa yang dibuatnya (hidup sebagai gay) adalah betul. Aku baca komen2 kat page Oh  Tidak berkaitan hal ni semuanya mengutuk dan mengecam "keberanian" mamat ni. Bajet COOL je dia. Langsung tak rasa malu dan bersalah. Kalau ikut hati aku, mau je aku bagi sebijik kat dia.

Aku percaya memang ramai & telah berleluasa golongan-golongan songsang ni malahan kehidupan aku sendiri di KL tak dapat lari dari benda ni semua. Tapi, satu je pesanan aku pada Azwan Ismail dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya ni....mungkin bila korang berani bersuara dan mengaku bahawa anda adalah GAY, anda rasa ada dapat kekuatan & keyakinan, tapi tolonglah hormat agama & adat budaya kita. Tolonglah  berhati-hati. Mungkin dengan cara itu anda diuji supaya lebih jauh dari Allah. Percayalah pada apa yang telah ditetapkan dalam Quran. Bacalah kisah Nabi Lut dan sejarah Pompeii. Tolonglah jangan biarkan sejarah berulang lagi. Sebab kalau sejarah berulang, dia tak kira manusia tu baik atau jahat semua kena.


* as usual, just my personal view!


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search