Aku Sudi Share 25 Rahsia, Korang pun share samalah yer!

- 20.25
advertise here
Salam semua

Hari ni, aku nak setelkan satu lagi tag yang dibagi oleh campus-mate aku, Haris Khairuddin. Sebenarnya dah lama bebenor dia tag aku, tapi sorry sekali lagi ye awak... sy terlalu busy & takde idea sebenarnya! Tapi, jangan risau. Hutang tetap dibayar! Dah ramai dah yang buat tag ni, aku je tercicir. BTW, thank you so much ya Mr. HK!




RULES :
"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."




  
1.   Telah bercita-cita untuk jadi seorang peguam sejak berada di tingkatan 4 lagi setelah menyertai pertandingan bahas ala parlimen.

2.  Pernah menyandang gelaran pembahas terbaik daerah selama 3 tahun berturut-turut ketika di sekolah menengah.

3.  Memenangi 2 buah computer & laptop untuk 2 kali berturut-turut dalam pertandingan pidato lhdn semasa form 6

4.  Mula-mula masuk pertandingan becerita kanak-kanak masa umur 6 tahun.

5.  Seorang yang penakut untuk bercakap depan khalayak ramai masa sekolah dulu.

6.  Sampai sekarang, takde sorang pun ahli keluarga aku yang pernah tengok aku bercakap/berbahas ketika pertandingan. Sebab aku tak bagi. Kalau dorang ada kat depan stage, nanti aku nervous tahap cipan.

7.  Pernah termakan kari cicak kat kedai roti canai yang masa tu aku ingatkan ekor cicak tu sebagai sotong! UWeeeeek! (sumpah kedai tu, tak laku 7 keturunan)

8.  Mempunyai tanda lahir bewarna merah sebesar duit 50 sen di belakang tapak tangan tapi sekarang dah hilang. Tak tau pulak cemana boleh hilang tiba-tiba.

9.  Berhajat untuk memiliki sebuah rumah banglo yang lengkap dengan kolam renang.

10. Sangat obses pada apa sahaja yang bewarna coklat.

11.  Mengimpikan satu percutian yang super duper superb ke rome, Italy.

12. Aku seorang yang cepat marah, tapi cepat pulak redanya

13. Sangat allergic pada barang kemas. Jadi save sikit duit laki aku nanti. Tak yah nak beli emas.

14. Tak minat langsung pada matematik tambahan. Walaupun cikgu yang mengajar tu Best giler!

15. Aku takde satu pun t-shirt yang bewarna pink. Baju kurung pink Cuma ada 1 saja.

16. Masa kerja kerani kat kilang mosaic dulu, aku pernah terjatuh kat kawasan machine sebab tak perasan ada tumpahan minyak. Nasib baik Cuma ada bangla 2 orang je. Tak laa jatuh sangat saham aku.

17. Tak pernah langsung main sebarang game yang ada kat Facebook tu (Farmville, barn buddy etc.) alasannya tak mau addicted.

18. Sangat meminati bidang photography & editing walaupun takde dslr sendiri tapi dig.camera pun okeh lah.

19. Sangat malu & segan giler babeng punyer bile berbicara tentang perasaan aku pada lelaki. Apatah lagi nak meluahkannya sebab takot kena reject! Hehehehe

20 . Aku tak berapa kenal sangat jenis-jenis ikan ni. Tapi aku rasa bukan aku sorang kot. Ramai je kan. =)

21 . handphone sony ericcson w705i merupakan handphone sony pertama yang aku pakai. Selama ni aku percaya pada makcik Kia je.

22 . sedang diuji oleh-Nya untuk menjadi anak yang soleha & berbakti pada kedua orang tua


23 . aku sangat mementingkan ketepatan masa bila berjanji.

24 . pernah tefikir & berangan nak jadi ahli politik, tapi tiba-tiba cancel plak!

25 . sentiasa mencuba untuk jadi terbaik daripada yang terbaik dalam apa juga perkara yang aku buat. 


aaku kena tag 25 orang lagi? herm.... sapa ek. sapa2 pun boleh lah.  kalau berminat, amek je. aku alu-alukan sangat! semoga anda HAPPY!


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search