Kenapa Aku Mohon Doa & Sokongan Hari Tu?

- 08.30
advertise here
Salam semua.

Sebelum korang teruskan baca entry ni, apa kata korang baca dulu entry aku sebelum ni. Sebab ni ada kesinambungannya.----->READ HERE! supaya korang lebih mengerti apa yang aku rasa. 








Dah baca? Bagus. Sumpah masa tu aku sangat sedih & now let me tell u something, what is the reason. Simple. It's because of INDONESIA! Iyer, sepatutnya 5 Disember ni la aku terbang ke Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia sebagai wakil UM dalam program keusahawanan kat sana. Tapi.... segalanya kita hanya mampu merancang. Tak layak nak tentukan.... 

Disebabkan beberapa masalah teknikal dari pihak diri aku sendiri beserta kemungkinan-kemungkinan yang dijangka, aku terpaksa tarik diri. Waktu yang diberikan untuk aku buat pasport sangat-sangat tak mencukupi. Dan kebetulan, aku tengah musim exam masa pihak admin mintak buat passport tu, so aku tak dapat nak pegi ke pejabat imigresen. Lagi satu, bila fikirkan balik soal kewangan. Memanglah pihak admin kata, semua ditanggung dan dibagi elaun makan. Tapi, aku dengar nasihat Kirin yang dah berpengalaman. Semester lepas, dia ada exchange student programme dengan universiti kat Indonesia. Jadi, pada awalnya pihak admin kata semua adalah ditanggung, tapi bila sampai sana elaun makan yang diberikan tak cukup. Hanya mampu guna untuk makan sekali sehari je. Haaaaisssshhhhh dah lah jauh, takde guide kat sana dan takde pulak sumber kewangan. Nak tak nak, mak bapak jugaklah yang kena sponsor kan. Bukan tu je alasan, Kirin juga bagitau yang pensyarah dia susah untuk balik ke Malaysia masa dia ke Indonesia baru-baru ni disebabkan flight yang selalu delayed akibat cuaca buruk. Malahan, penyakit jugak tengah banyak kat sana akibat bencana yang baru-baru berlaku ni.

Jadi, setelah aku pikir masak-masak dan menimbangkan semua perkara. Aku tarik nafas dan buat keputusan untuk tarik diri. Aku rasa tak adil kalau aku nak berseronok ke luar negeri sedangkan mak dan ayah aku kat sini tengah susah kan. Iyer lah, paling tidak kena spend duit +- RM 1000. Kan duit tu boleh diguna untuk benda lain. Memang pada mulanya, aku sedih tapi bila mak pujuk balik. Aku pikir ada betulnya dan tak rugi kalau kita dengar nasihat orang tua. Macam yang mak pernah kata, "Mungkin sekarang belum rezeki Ateen lagi. Nanti kalau dah kerja, pegilah mana pun pelusuk dunia ni yang Ateen nak." Sangat terharu bila dengar suara tu bagi nasihat kat telefon. Seolah-olah mak aku tau yang aku sedih dengan keputusan ni. 

Takpelah. Insya-Allah rezeki aku akan datang untuk ke tempat orang. Memang inilah impian aku. Hidup di tempat orang. Luar dari Malaysia, mencari pengalaman dan mengenal kehidupan. Moga, Allah murahkan rezeki aku. Amin.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search