Inilah hikmahnya....

- 09.34
advertise here
Salam semua.

Hampir seminggu tidak berbloging. Usahkan berbloging, online pun tidak. Satu minggu yang cukup mendebarkan dan mencemaskan bagi aku dan seluruh kaum keluarga. Minggu yang banyak membuatkan aku menitiskan air mata. Dan sesungguhnya sampai mati aku tak mahu saat dan ketika ini berulang....Saat di mana Ayah kesayangan aku mengalami pendarahan otak sehingga menyebabkan dia lumpuh sebelah badan. Dia terjatuh masa tengah mengendalikan program bacaan doa awal & akhir tahun maal hijrah. Selepas maghrib, aku dapat berita tu dan terus ke hospital dengan mak. 

Susah untuk aku gambarkan dengan kata-kata macam mana perasaan dan berkecainya hati aku masa mula-mula masuk wad kecemasan dan tengok keadaan ayah yang terbaring tu. Aku tergamam dan tak percaya. Aku cuma bayangkan ayah hanya pitam  dan langsung tak terpikir bahawa dia dalam keadaan macam tu. Malam tu, aku berjaga dan tak putus-putus air mata ni keluar. Bercelaru dan tak tahu bagaimana dan macam mana untuk berhadapan dengan situasi ni. Doktor masih tak dapat kenal pasti penyakit ayah dan keesokannya ayah akan di bawa ke Hospital Sultanah Aminah , JB untuk buat city-scan (brain scan). 

Bila di periksa, ayah mengalami pendarahan otak (minor) yang kebetulan mengenai saraf pergerakannya. Lima hari aku kat wad tu. Menjaga ayah dan menguatkan semangatnya. Memang pada mulanya, aku tak dapat terima keadaan ni. Banyak perkara yang sukar berlaku. Tapi, aku kena redha dengan takdir Allah dan tak nak bersangka buruk pada-Nya. Aku percaya banyak hikmah yang berlaku dengan ujian dan dugaan ni.

Aku terpikir, bayangkanlah kalau dulu aku menerima tawaran ke Indonesia (BACA SINI) hari tu. Jadual untuk aku bertolak 5/12 dan ayah diserang penyakit 6/12. Kalau aku pergi ke Indonesia, mesti aku tak kan tenang di sana. Memikirkan ayah dan serba salah di sana. Inilah hikmah di sebalik penolakan aku pada tawaran tu. Baru aku sedar, bahawa hari tu memang diberatkan hati aku untuk menolak tawaran tu supaya aku dapat menjaga dan sentiasa di samping ayah waktu sebegini. 

Terus terang aku katakan, emosi dan perasaan aku serta seluruh keluarga masih lagi tertekan dan terperanjat dengan berita ni. Mana tak nya, siangnya, ayah ajak aku ke bandar untuk setelkan semua bil dan ayah kelihatan sangat sihat. Takde la kata pening kepala ke, sakit badan ke. Tiba-tiba waktu maghrib, kena cam tu. Memang tak percaya! Sekarang ni, perkara yang sangat merisaukan aku, sapa yang nak jaga ayah kalau aku 3 beradik kat KL nanti? Mak aku sorang-sorang tak larat nak jaga ayah. Sebab ayah berbadan besar dan agak berat untuk dibangunkan, salinkan pakaian, mandi, makan dan macam-macam lagi. Aku tak tau apa yang patut aku lakukan. Setahu aku, kalau kena cam ni memang takes time untuk sembuh. Tak kan lah aku kena korbankan study aku sedangkan itu adalah impian aku dan ayah. Aku buntu dan celaru. Tak tahu mana yang perlu diikut. Kiri dan kanan aku perlukan. Serba salah aku dibuatnya. 

Tapi, ini semua rezeki dan ada kebaikkannya. Aku percaya, bahawa Allah berikan sakit untuk ayah berehat dan waktu ni lah untuk seorang anak seperti aku membalas jasa dan pengorbanannya. So, dah alang-alang aku publish entry ni, aku mohon pada semua yang membaca dan melawat blog aku ni untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ayah aku dan moga dia boleh pulih kembali seperti selalu. Amin......


sebelum masuk brain scan utk kali ke-2
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search