Jeles Pada GF Skandal / BFF?

- 10.38
advertise here
Salam semua. 

Masih lagi belum dapat melelapkan mata dan berkemungkinan besar esok aku akan drive ke KL untuk jemput pak cik aku balik dari Mekah. Insya-Allah. Doakan keselamatan aku sekeluarga untuk ke sana. Aku pun tak tau kenapa, bila aku jadi student universiti ni, aku sangat susah untuk tidur awal. Paling awal aku tidor pun pukul 2 pagi sedangkan orang lain tu, kalau 2 pagi dah mimpi sampai London tau. Tapi aku barulah terkulat-kulat, terkebil-kebil, pusing kiri dan kanan cuba untuk tido. Heheheh... aku rasa kebanyakan student memang macam tu. Kalau kat kolej tu, mata ni...semakin malam semakin terang. Nak kata bangun lambat sangat tak lah jugak. Pukul 12 tu kira maksimum lah! Ape?! Korang tak caya? Allaaaaaa macam lah korang tak penah bangun lambat sampai cam tu kan? Tak mo tipu laa yayang!

Malam-malam macam ni, sambil mata kuyu-kuyu gitu kan, aku gigih bukak lagu Mariah Carey. Dengar semua lagu dia yang best-best. Aku memang peminat dia. Sebab kelunakan suara dia dan bila nak tidur dengan lagu-lagu dia! FUUUUUUUUUUUUUH! memang rasa terbang beb! Lagi satu aku sangat suka dengar lagu-lagu dari Celine Dion. Dia ni, pada aku memang DIVA sangat! Suara? Korang tak yah la persoalkan. Boleh buat korang melayang-layang tau! Bila aku dengan lagu-lagu mereka ni, sesekali otak aku mula teringat kisah cinta.... 


Aku nak tanya sket ni.... aku bukanlah orang yang senang untuk meluahkan perasaan dan biasanya aku akan simpan rahsia hati & cinta aku ni dalam-dalam. Takde sapa akan tau. Cuma hari ni aku just nak tanya pada korang. Nak mintak pendapat.  Adakah salah kalau kita jeles dengan girlfren kepada skandal/bff kita? Heheheh susah aku nak terangkan. Sebab aku sendiri masih samar dan kabur dengan kedudukan sebenar. Secara terus terang, aku bukannya jatuh cinta pada dia. Tapi aku rasa.... entahlah. Aku lebih banyak menghabiskan masa dengan dia. Aku lebih kenal dia daripada GF dia kenal dia. Dia sendiri berterus terang yang dia lebih selesa dengan aku. Malahan dia ceritakan semua masalah dia pada aku. Termasuklah masalah yang dia dan GF dia hadapi. Aku seperti biasalah, bila dia becerita tentang masalah. For surelah aku akan dengar dan bantu mana yang mampu. Menenangkan dia dan sentiasa ada untuk dia luahkan masalah. Kadang tu, kiteorang just berjumpa bukan untuk apa. Sekadar jalan-jalan keliling KL. Borak-borak dalam kereta. Hilangkan tensen dan balik. Tapi hubungan aku dan dia sangat rapat. 

Cuma, aku jeles dengan GF dia. Aku cemburu sebab, aku tak dapat miliki dia. GF dia yang dah diberi peluang untuk bertakhta kat hati dia, tapi take for granted. Tak pernah nak faham dengan keadaan dia. Sentiasa mendesak untuk dia beri komitmen 100% pada hubungan. Kadang aku penah jugak terpikir, aku ni cam mengacau je hubungan dorang. Tapi tak. GF dia tak pernah kenal dan tahu aku. Jadi tak pernah timbul persoalan yang kata aku kacau hubungan dorang. Jadi hubungan aku dan BF dia tak terlarang okeh. Setiap kali si lelaki ni meluahkan masalah dia dengan GF dia, aku rasa akulah insan paling beruntung sebab berada disisi orang yang paling aku sayang bila dia memerlukan aku. Tapi bila dia memuji GF dia, aku akan rasa sedih. Sebab aku tak dapat miliki dia, walaupun dia ada sebelah aku. Tangan aku tak sampai kot untuk capai dia. 

Jadi aku amik keputusan, untuk diam dan pendamkan perasaan ni je. Tak perlulah dikecohkan. Apa giler nak g bagitau perasaan aku ni pada orang yang dah GF macam dia tu? Siang-siang lagi kena reject tau! Dan kadang-kadang aku terasa cam diri aku ni mungkin KEKASIH GELAP ke? Apa ye yang perlu aku buat? Diamkan diri dan doa dia cepat putus dengan GF dia? haish tak kan kejam sangat? apa ye? berkawan macam biasa? mungkin. Tapi sakit sangat bila hipokrit ni....aduh! 

Maaflah, aku tak pernah sejiwang ni. Tolong salahkan lagu Rihanna -Stupid In Love tu. Pasal lagu tu lah saya jadi begini! okeh saya janji tak kuar lagi en3 cam ni k!


huhuuhu~ malu-malu! malu sungguh untuk publish benda ni sebenarnya! tapi, aku rasa all of u are the best person to share this secret of my life kan?





Advertisement
 

Start typing and press Enter to search