Blogger Hebat Sombong?

- 19.10
advertise here
Salam semua

Aku sangat teruja bila ramai yang comment entry aku kebelakangan ni. Terima kasih semua sebab sudi bagi buah fikiran dan feedback yang memberangsangkan dan secara tak langsung berkongsi pengalaman serta idea yang ada. Memang comment yang aku dapat taklah seberapa berduyunnya kalau nak dibandingkan comment dalam blog-blog yang lain. Tapi secara jujurnya, aku akan tersenyum dan HAPPY giler bila tengok angka-angka kat bahagian comment tu meningkat dari masa ke masa. Insya-Allah aku akan cuba balas semuanya dan bagi pendapat aku jugak. Aku balas comment korang semua sebab nak tunjuk yang aku sayang dan hargai korang semua. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak!!! Terharu mak nok!!!!!

BTW, tadi aku usha-usha lah sana sini beberapa blog. Aku tengok beberapa blog post entry yang lebih kurang sama lah.. berkenaan dengan BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010. Walaaaaaweeeiii! Aku memang tabik la pada sapa yang tercalon dan tersenarai hingga peringkat terakhir ni. Memang bukan calang-calang. Dengan follower yang cecah puluhan ribu, update entry beribu-ribu dan yang paling  penting semestinya mereka CUN & KACAK! Okeh, thats not the point!

Dok aku usha punya usha blog mereka-mereka ni, tiba-tiba aku terpandang satu pencalonan kepada seorang blogger yang SOMBONG!!!! Siapa? malaslah nak bagitau siapa! haaa rilek-rilek... tak yah laa dok pikir sape gerangan empunya badan, tapi pada yang berkenaan, kalau dia baca entry ni, renunglah diri sendiri. Ni pun peringatan pada aku jugak! 



Aku ada pengalaman dengan BLOGGER ni. Seriously, dia memang tak layanlah kalau blogger-blogger baru dan hingusan macam aku ni okeh! Aku ada gak tinggal jejak kat blog dia dengan comment kat shoutbox. Manalah tau satu hari nanti dia dah tak sibuk boleh jenguk aku pulak kat blog. Tapi HARAAAAM! Takpelah time tu aku pikir mungkin dia sibuk kot. Aku pun dari jauh baca blog dia. Sikit-sikit.... Rasa seronok gak. Dalam pada aku baca entry-entry dia tu, ada gak aku tinggalkan comment kat beberapa entry dia. Aku harap dia sudilah beri idea / pendapat / balas comment aku tu. Pun sama, sepi. Aku siap ada tanya beberapa soalan lagi.... pun sama tak dijawabnya. Takpelah. Maybe busy sangat kot! Masih lagi aku berfikiran positif.

Last sekali, yang memang buat aku perasan sangat dia tak layan bloggers hingusan ni waktu aku tag dia nak bagi award. Time tu, aku tag dia sebab aku memang rasa dia betul-betul bagi inspirasi pada aku dalam dunia blogging. Aku dh comment & tinggal mesej pada dia. Berharap supaya datang ambil award yang tak seberapa ni. Tapi..... pelawaan aku hampa. Yang lebih menyedihkan, dia balas "Tengoklah, nanti kalau rajin saya amik!". Tapi kan.... pada masa yang sama dia boleh terima dan buat entry ttg satu award yang ditag oleh seorang blogger lain yang hebat. Apa perasaan korang kalau macam tu?


Sejak hari tu, aku sendiri yang jadi malu. Segan untuk menulis comment di blog-blog mereka yang Super Duper Hebat ni. Mungkin kita tak boleh terbang bersama tak? Bila dia membeza-bezakan antara sorang blogger dengan blogger lain, aku mula malas nak tengok entry dia lagi. Sebab rasa kecewa. Aku tak pernah cerita benda ni pada sapa-sapa. Sebab aku cuba untuk tak nak aibkan sesiapa.



Tapi kenapa baru sekarang aku keluarkan cerita ni? Di saat pemilihan undi  BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 diadakan? Sebab aku rasa, pemilik BLOG PILIHAN MALAYSIA mestilah seorang yang mesra pengguna. Bukan sekadar hanya ada entry yang bagus dan follower yang beribu, tapi mesti juga seorang yang boleh bertukar idea dan pendapat dengan semua orang. Kita semua memerlukan antara satu sama lain. Dia HEBAT kerana sokongan follower, dan dia juga pasti pernah lalui apa yang bloggers baru lalui hari ni. Rasanya tak salah kalau memberi semangat hanya dengan membalas comment @ jengah balik blog2 baru. Itu sudah cukup buat kami (bloggers baru) ni happy. 

Walau apa pun, bukan semua macam tu. Pengalaman aku ni hanyalah dengan dia SEORANG je. Jadi aku masih lagi berpuas hati dengan kebanyakan blogger hebat yang lain. Tak perlulah sombong-sombong kalau dah berada di atas. Sebab awak di atas, kerana adanya kami yang di bawah ni.


*p/s : maaflah ye, aku keluarkan entry macam ni sebab aku nak ingatkan diri aku sendiri je. Ini sekadar perkongsian pengalaman aku....& BTW please don't ask me who!
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search