Hantu Sana Sini. Muak-lah!

- 21.09
advertise here
Salam semua.

Korang suka tengok movie hantu/seram/ngeri dan sebagainya tak? Alaaa aku tau ramai yang minat. Haaaa jangan tipu, jangan tipu! Nanti Allah marah tau tipu-tipu ni. Tak baik tau! hehehe.... Apa nak malu? Takut orang kata cam budak-budak? Atau pengecut? Rilek je. Itukan normal ada perasaan takut. Sapa takde perasaan takut, bukan manusia normal. Boleh kan?





Sekarang ni, aku tengok industri filem dan drama serta yang sewaktu dengannya (sorilah tak berapa pasti cabang-cabang industri seni ni...) asyik keluarkan cerita-cerita yang berunsur mistik ni. Aku pun tak berapa pasti apa sebabnya. Nak kata keuntungan yang diperoleh bila buat cerita cam ni lebih banyak, tak jugak sebab  kalau nak dibandingkan box office filem Malaysia masih lagi cerita cintan-cintun kan? Ataupun ni satu fenomena. Maklumlah, orang Malaysia. Sesuatu perkara tu akan jadi satu trend & kebiasaan sebab ramai orang yang berlumba-lumba buat benda yang sama. Contohlah, kalau korang semua prihatin dan mengikuti isu semasa kat negara kita ni. Kalau musim orang buang baby, sebulan surat khabar, muka depan pasal tu. Than, bulan seterusnya, kes anak buang mak atau ayah.... haaa mulalah berduyun-duyun orang tua dibuang tepi jalan lah, tepi longkang lah, letak rumah kebajikan lah. Pastu, cam dah basi sket timbul plak kes suami dera isteri. Teruk punyeeeer!!! Pijak perut, kelar dan tikam yang dasyat semua tu dengan alasan yang tak munasabah! Korang perasan tak trend macam ni melanda Malaysia? Kalau perasan, Tahniah lah! Korang memang  warga prihatin. Clap! Clap! Clap!

Perkara yang sama jugaklah berlaku dalam industri seni filem dan drama Malaysia. Kadang-kadang aku naik muak sebab kerap sangat disajikan dengan cerita-cerita mistik. Semua nak cerita pasal hantu. Macamlah hantu tu banyak sangat kat Malaysia ni. Kira sekarang ni, pelakon-pelakon hantu tengah busy korang! Busy shooting sana-sini. Tak menang tangan! Masa raya aidilfitri hari tu, semua stesyen tv kuarkan cerita hantu. Siap ada yang  ditayang sama lagi untuk 2 stesyen tv. Tak habis-habis. Ada je hantu yang nak difilemkan. Kalau tak hantu, cerita dongeng dibuat modal. 




Aku pelik, kenapa pengarah Malaysia nak sangat orang kita ni tau pasal benda mistik ni? Apa motif mereka? Menakutkan kita semua? Nak kita semua explore dunia mistik tu? Atau nak bagi pengajaran pada kita semua? Aku cukup meluat jugak lah sebab kebanyakan jalan cerita semua sama. Susah nak mati lah, kena ganggu dan rasuk lah, saka lah, nak mintak waris lah, balas dendam lah. Semu sama!  Dan yang paling aku tak boleh terima bila ada adegan-adegan yang memuja-muja! Baca mantera ntah apa-apa. Serabaikan diri macam orang gila dan konon-konon hebat ada kuasa. Apa sebenarnya ye yang mereka cuba tonjolkan? Si pelakon tu tak rasa berdosa ke buat cam tu? Maksud aku keimanan mereka! Fikirlah korang! Cerita Melayu semua sama!!!! Sorry to say, most of them are RUBBISH!



Kalau alasan mereka (pengarah) adalah untuk kita kenal dan explore dunia mistik ni. Aku sangat-sangat nak gelak! Gelak guling-guling lah senang citenya. Kenapa? Korang baca maksud surah ni dan fahamkan....


surah Al-Araf ayat 27 yang bermaksud


" Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu didalam keadaan kamu tidak dapat melihat mereka"



Aku rasa ayat ni dah jadi satu bukti kukuh dan sahih. Allah dah tutup mata kita dari melihat benda tu semua, jadi tak yah la sebok-sebok nak tonjolkan macam mana rupa paras benda tu. Tak elok untuk anak-anak dan masyarakat Malaysia. Allah hijabkan mata kita dari melihat semua tu ada baiknya. Aku percaya, kalau korang semua boleh tengoklah cemana rupanya, korang mesti rela mata korang buta tau! 

Aku tulis entry ni bukanlah aku nak suruh korang tak percaya dengan benda tu semua. Salah tu. Kita WAJIB PERCAYA PADA BENDA GHAIB. Kan itu rukun iman kita. Tapi biarlah kita percaya pada benda ghaib yang dianjurkan dalam agama kita. Bukan benda karut cam tu! Dunia semakin moden, tapi pemikiran kita masih lagi disogok dengan benda mundur macam tu! 

Aku harap para pengarah Malaysia, keluarkanlah idea baru yang membawa lebih banyak kebaikan dan pengajaran kepada penonton Malaysia. Secara serius, aku sangat bosan dan muak dengan cerita-cerita hantu! Aku percaya, kalau jalan cerita bagus, pelakon hebat dan pandai bawak watak, serta camera shot yang bagus, mesti filem/drama korang meletops jugak walaupun bukan trendnya!


Kita kena berani melawan arus kalau itu yang lebih baik! Sekali lagi ini sekadar pandangan aku. Nak setuju atau tidak, itu atas pilihan sendiri. 


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search