Apabila Menaruh Tinggi Terhadap Doktor Veterinar...Kita Lupa Bahawa...

- 09.08
advertise here
Salam..

Topik yang saya nak bangkitkan kali ini agak panas....sesiapa yang selalu mengikuti blog kakimotong ni, mereka tahu mengapa topik ini saya bangkitkan. Baru2 ini, saya telah dikenakan charge RM90 untuk consultation fee lewat malam dari seorang dr vet di mana consultationnya hanya meliputi perkara2 am...dan tak sampai 5 minit pun...tambahan pula, vet tersebut mengatakan deposit untuk meletakkan kucing adalah RM600 ketika itu kerana double charge lewat malam ( kalau waktu siang mungkin RM300 )...deposit tersebut tak termasuk kos rawatan..hanya bayar deposit RM600 dulu, baru boleh cerita.

persoalannya :

1 ) Mengapa vet tersebut mengenakan charge yang sedemikian rupa?

a ) untuk membezakan yang kualiti rawatannnya dengan vet lain adalah lebih tinggi?
b ) kerana vet ini telah mengeluarkan modal yang banyak untuk membeli perkakasan perubatan moden?
c ) kerana untuk cover sewa bangunan atau coverr hutang bank...
d ) untuk mencari keuntungan dan menggunakan alasan bahawa kos operasi adalah mahal...seperti membayar gaji doktor yang bertugas pd waktu malam...
e ) kerana kesemua para doktornya adalah doktor pakar yang berpengalaman luas...

2 ) adakah cara doktor haiwan merawat sama seperti cara doktor manusia merawat??

a ) bertanya kepada pesakit haiwan sudah tentu tidak...

b ) biasanya, dr vet akan tanya owner pet :
i - kucing / anjing ni sakit ape?
ii - pukul berapa awak bagi dia makan?
iii- dia ada muntah2 tak?
iv - dia ada bergurau tak?
vi - sebelum ni pernah dapatkan injection tak?
vii- berapa lama kucing / anjing / kera ni macam ni???

semuanya dijawab oleh owner pet dengan keadaan tahap kepastiannya dalam lingkungan 70%...lagi 30 % pergi mana??

5% jawapan lazim soalan i - MUNGKIN dia kena pukul / kena langgar / jatuh ( sebab owner tak nampak dengan mata sendiri bagaimana pet mereka jadi sedemikian rupa...sebab tu dia kata MUNGKIN...)

5% jawapan lazim soalan ii- saya dah bagi dia makan tengah hari tadi, DALAM pukul 12...walhal owner tak pasti banyak mana yang pet dia tu makan sbb lepas bagi makan, owner tak tunggu pet dia makan sampai habis ( tapi papa meow tunggu sampai habis )...biasanya, owner pet yg macam ni adalah owner pet seperti aku, selalu tight dengan tugas dan masa...

5% jawapan lazim soalan iii- ada muntah, sekali jer ( macamana owner tu tahu pet dia muntah sekali jer?? )depan doktor, cakap muntah sekali jer, lepas jumpa doktor, balik rumah terjumpa plak 3-4 tompok muntah kat bawah meja kerusi kat rumah...silap2 ada darah...so how??

5% jawapan lazim soalan iv - ada gak dia main2 ( walhal kucing tu main secara terpaksa...) dan badan dia nampak masih kuat tapi sebenarnya lemah...EX : mungkin spine dia tercedera...

5% jawapan lazim soalan v - pernah ( tapi tak constant )...malu dengan doktor punya pasal, cakap sumer injection cukup time...

5% jawapan lazim soalan vi - SAYA RASA baru sehari...( walhal dah lama kena tapi kesannya baru nampak sebab dah jadi radang / barah....

TOTAL : 30% tahap jawapan yang tidak pasti...

Kesimpulannya :

1 ) Dr vet juga bertindak mengikut maklumat. Segala maklumat yang diberi pet owner masih ada ketirisannya ( tetapi tak boleh diambil mudah..maklumat owner tetap diperlukan )termasuk 30% jawapan yang tidak pasti ketepatannya...
2 ) Ada sesetengah vet berpengalaman tahu yang owner pet tu tipu, tapi buat tak tahu jer ( this is a good doctor )..tapi, dia masih memerlukan maklumat dari owner tersebut ...
3 ) Langkah seterusnya bg vet adalah paling penting supaya tak tersilap langkah, sama ada membandingkan maklumat tuan punya pet dan maklumat x ray / kajian terperinci berdasarkan teori sendiri...mana satu yang lebih tepat? kalau saya vet, saya akan mengatakan kajian saya adalah lebih tepat kerana peralatan pemeriksaan yang cukup dan nampak penyakit dengan jelas menerusi X Ray.

Jadi kesimpulannya, kita sebagai pet owner harus ingat bahawa :

1 ) Dr vet juga membuat ramalan dan bertindak atas maklumat pet owner..

2 ) tak semua ramalan vet adalah tepat belaka walaupun melalui ujian X Ray...

3 ) dr vet juga mempunyai andaian yang tidak tepat dan lebih buruk lagi, ada pet yang mati semasa dalam rawatan...tapi kes saman menyaman doktor haiwan saya masih belum dengar lagi...ini mungkin adalah kerana terdapat perjanjian yang perlu ditandatangani oleh pet owner kepada pihak klinik veterinar sebelum pembedahan...bagaimana kalau haiwan yang dirawat mati ketika dibedah? Pet owner pula tiada di situ...tak dinafikan doktor veterinar juga melakukan kesilapan...ini seolah2 try & error...Dan doktor veterinar pula memberi alasan bahawa punca kematiannya adalah disebabkan penyakit lain atau menyalahkan pet owner kerana terlewat hantar ke vet?? ( senario di atas adalah contoh sahaja )

Kalau ada dikalangan saudara2 kita yang dibedah, kita akan menunggu di luar bilik bedah..so, segala punca & keputusan kita boleh tahu dengan cepat..kalau doktor melakukan kesilapan,dia susah nak cover...sbb ramai sanak sedara menunggu di luar bilik bedah...

Haiwan peliharaan kita dibedah tanpa kita berada di sisinya, apa yang akan berlaku sekiranya anda sebagai dr vet yang membedah haiwan itu telah menyebabkan haiwan itu mati?? Apa alasan yang anda gunakan untuk menjawab pada pet owner?? Bagi pendapat saya, sekiranya haiwan itu mati kerana kesilapan doktor, doktor tersebut masih selamat kerana saya pernah terbaca agreement sebelum pembedahan di sebuah klinik veterinar swasta ( tak ingat di mana ) mengatakan bahawa pihak klinik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kematian terhadap haiwan peliharaan anda samada di dalam tahanan wad ataupun ketika pembedahan...lihatlah betapa murahnya harga nyawa seekor haiwan....

ISU MEMBAWA KUCING JALANAN KE KLINIK VETERINAR

Anda sebagai seorang Dr vet yang berpengalaman, deposit sebanyak RM600 telah dibayar ( deposit sahaja, tak termasuk lain2 cas ) oleh pet owner...apakah anda yakin dengan tahap kemampuan awak boleh menyelamatkan nyawa haiwan?? Saya sebagai pet owner menaruh amat tinggi tentang kemampuan doktor vet...tetapi, sekiranya saya sebagai owner kucing jalanan membawanya ke klinik haiwan, adakah terdapat double standard di situ??


b ) Kalau ada owner kucing jalanan tak ambil kucing itu, ianya akan disuntik mati dan bangkainya dibakar / dibuang / dibakar saya tak tahu...( tergamaknya jika perkara ini berlaku )...sekiranya berlaku, bukankah kita ada SPCA, Persatuan Kucing Malaysia dan lain2 untuk kucing2 yg tak diambil ini ditempatkan ke sana?? Kenapa?? Adakah kos petrol ke sana amat tinggi? Tiada Masa? Tiada orang nak hantar? banyak lagi kerja lain nak dibuat? hantar kucing2 ini ke zoo untuk santapan si belang??

Jadi, Doktor Veterinar juga adalah manusia biasa..janganlah kita sebagai pet owner terlalu menaruh harapan kepada dr vet...Dr Vet hanya membuat apa yang dia mampu...pernah berlaku di depan mata saya dan wife, ada sepasang suami isteri muda telah membawa seekor kucing jalanan yang telah berulat kakinya..kucing itu terbaring di bawah keretanya dan menggigil...kebetulan pula, pasangan tersebut telah membawa kucing itu ke klinik yang sama saya ditawarkan deposit RM600 tu...hasil pemeriksaan doktor, kucing itu dicadangkan supaya disuntik mati sahaja kerana peluang untuk pulih adalah 50-50...ini adalah kerana major surgeri adalah diperlukan untuk merawat kucing tersebut...doktor ini amat gentlemen ( tak sama dengan doktor yang merawat Pak Tam ), dia terus memberitahu kos perubatan adalah RM5000 ke atas...kerana tidak mampu, pasangan ini bersetuju untuk membenarkan doktor itu menyuntik mati kucing tersebut...apa yang amat saya kesalkan, sebelum disuntik mati, kucing tersebut langsung tidak diberi air atau disuapkan sedikit makanan oleh doktor sebelum nyawanya diambil...adess...belum sempat aku tegur doktor tu, dia dah suntik dulu dengan ubat yang berwarna merah pekat...sambil diperhatikan oleh pasangan tersebut, aku hanya mampu mengalaskan tapak tangan kiri aku ke pipinya manakala tangan kanan aku mengusap kepalanya...kucing tersebut mati dalam keadaan lapar dan dahaga yang amat sangat...aku tak dapat nak bayangkan bagaimana kalau orang ambil nyawa kita dalam keadaan lapar dan dahaga...takkan klinik tu takde spare wet food?? takut rugi ke?? takkan doktor tu tak ingat langsung akan kebajikan kucing tu? Apa yang aku belajar dari kisah ini ialah DOKTOR HAIWAN ADALAH SATU PROFFESION YANG SESEORANG MANUSIA ITU PILIH, TETAPI PERASAAN SAYANGKAN HAIWAN ADALAH SATU ANUGERAH YANG DIBERI KEPADA MANUSIA YANG TERPILIH...Adakah seseorang yang berproffession veterinar benar2 mempunyai perasaan cintakan haiwan??

Mungkin perkara ini ditertawakan oleh vet yang membaca entri ini....tapi, biarlah...saya menulis berdasarkan pendapat dan pandangan peribadi sendiri...tak luak pun kalau depa gelakkan aku..


Kepada Dr2 vet yang membaca entri ini, diharapkan anda terbuka ketika membaca entri ini yer...mungkin anda juga mempunyai penjelasannya dan mempunyai sesuatu ilmu yang perlu dikongsi bersama...saya mula terfikir perkara ni semenjak kes Pak Tam dan kes deposit RM600 tu...Saya amat mengalu-alukan komen2 dari Dr Vet asalkan tinggalkan link...anonymous saya akan reject...


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...

Update blog akan datang : MAJLIS PERJUMPAAN BLOGGER DAN RAKAN FACEBOOK BERJAYA...
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search