Lelaki Ini Bakar Ribuan Lubang di Kertas Untuk Melukis.

- 19.00
advertise here

Pernahkah anda mendengar teknik melukis pointilisme? Jika teknik tradisional pointilisme dikenali sebagai teknik menambah titik berbeza warna dalam pola untuk membentuk sebuah gambar, teknik yang dilakukan artis Korea, Jihyun Park, justeru sebaliknya.

Dia membalikkan seni pointilisme dengan menusuk titik di kertas, bukan menambah mereka. "Setelah membaca buku Perjalanan Gulliver, Utopia, dan Erewhon, serta melihat filem animasi Jepun 'Castle in the Sky', aku terinspirasi untuk mengembangkan hubungan antara konsep utopia dan bahan-bahan yang aku gunakan dalam karyaku," terang Park.




"Karya terbaruku, Incense Series, memberi tumpuan kepada hubungan ini ketika mencari keseimbangan harmoni yang dibawa utopia," katanya. "Ironinya, kata 'utopia' dalam bahasa Korea adalah 'Yi Sang Hwang' dan 'Hwang' bererti 'kemenyan'."

Park menjelaskan bahawa subjek pelbagai karyanya berbeza dari benda alam hingga kenangan masa lalu. Ini mencerminkan perubahan fizikal dan emosi yang berterusan di persekitaran manusia.

"Harapanku adalah detik-detik yang ku tangkap merupakan detik-detik ketika mereka berada di keadaan paling sesuai, utopia sejati," terusnya. "Saat menggambar mereka dengan  colok, aku 'memegang' saat perpecahan harmoni di tanganku."







Advertisement
 

Start typing and press Enter to search