Sebab Nama Panjang Tak Sesuai, Sebab Nama Pendek Untung

- 04.58
advertise here


Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang yang menjadi trend atau pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.

Nama yang paling panjang sekali di Malaysia ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam..tak cukup petak nak isi borang tu. Kalau zaman dulu, mak ayah bagi nama macam Pungut, Bongek, Patah, Punat, Gondol..siap ada nama Sabtu, Ahad, Khamis..erkkk 

Sebab Nama Panjang Tak Sesuai 

Nama panjang-panjang nanti bila kena isi borang, lenguh tangan tulis, cepat habis dakwat, tak cukup ruang, bazir masa orang lain yang berbaris tunggu di belakang. Kena 10 orang nama 80 aksara, memang mengeluh sebab lama tunggu, berdiri. Yang paling teruk lelaki bila nak akad nikah nanti..semput nafas.

Tapi tak nak cerita yang nama panjang tu. Ada lagi nama yang unik, versi pendek tapi tiap-tiap hari, tiap-tiap tahun orang duk sebut. Untunglah kalau nama korang macam kat bawah ni. Sebab apa untung? Sebabnya, kalau nama korang macam :

Sebab Nama Pendek Untung

Azam : masuk je awal tahun mesti orang duk sebut nama ni.

Syukur : masa dapat berita gembira je orang sebut nama korang ni..time susah jangan harap la.

Syawal : sebulan orang duk sebut ni..budak-budak happy la sebab dapat duit raya.

Amin : paling femes sekali..namanya diaminkan tiap kali lepas solat, lepas baca doa.

Fatihah : hari-hari orang baca dalam solat.

Mas : nama yang buat orang konpius dengan mas kapal terbang.

Alif : nama yang akan dengar bila budak-budak kecik mengaji.

Azim : nama yang akan disebut bila buat salah..AstaghfirullahalAzim

Zahir : tiap kali beraya baru orang akan sebut..maaf zahir batin.

Solah : nama yang akan disebut setiap kali azan.

Aini : femes dikalangan orang cina..wo ai ni.

Banyak lagi tapi malas nak fikir dah..hehe. Tak kalau nama panjang sangat, keliru pulak orang nak panggil nama yang mana satu. Lebih baik letak nama pendek yang ada maksud yang baik berbanding nama panjang tapi maksud entah apa-apa. Ingat nama tu lambang identiti dan juga doa.


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search