Pasti Tidak Ramai Yang Pecaya Wanita Ini Sudah Berusia 70 Tahun

- 21.02
advertise here
Annette Larkins, wanita yang berasal dari Florida ini baru sahaja menyambut hari lahirnya diusia yang ke 70. Mungkin tak ramai yang akan percaya kerana jika dilihat dari luaran Annette kelihatan seperti wanita berusia 30-an.Bukan itu sahaja, Annette selalu dianggap anak kepada Amos, suaminya yang berusia 54, 16 tahun lebih muda daripada usia Annette.

Semua ini berkat daripada gaya hidup Annette sejak tahun 1960 ketika suaminya berniaga daging ketika itu Annette berubah menjadi vegetarian mentah yang hanya makan sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin dan hampir kesemua makanan ini tumbuh di laman rumahnya. Annette juga bangun seawal 5:30 setiap pagi selain mengumpul air hujan untuk dijadikan minuman dan menyiram tanamannya.

Suaminya sekarang amat berharap jika dia dapat menjalani hidup cara sihat seperti isterinya kerana walaupun jauh lebih tua, isterinya sihat berbanding dirinya yang bergantung ubat setiap hari kerana tekanan darah tinggi dan diabetes.





Advertisement
 

Start typing and press Enter to search