Ya, Saya Memang Serius!

- 20.01
advertise here

Perempuan
biasanya akan tanya " Awak ni betul-betul serius ke suka kat saya"? Lelaki kan suka main-main. Kalau siapa-siapa tanya aku, ni la jawapan aku. "Ya, saya memang serius."


TANDA-TANDA LELAKI SERIUS DALAM HUBUNGAN

1. Sentiasa hantar sms kat korang, walaupun kadang-kadang sms tu tak berbalas..sedihnya :(
2. Sanggup menitis air mata untuk korang..even musim kemarau ni.
3. Kongsi masalah peribadi dengan orang yang dia betul-betul percaya je.
4. Ambil berat pasal korang dalam semua perkara.
5. Sanggup pause main game atau tengok bola semata-mata kerana korang.
6. Cuba cari masa untuk korang even sibuk macam mana pun.
7. Tak kisah apa orang nak kata pasal korang..bagi dia korang tetap cantik.
8. Mula kenalkan korang pada kawan-kawan dan family dia.
9. Gelabah bila korang ignore atau tak mesej dalam satu hari.
10. Dia akan hormat korang dan jaga batas.
11. Cuba sedaya upaya nak buat korang gembira even dia sendiri tengah sedih.
12. Tak nak korang berpakaian seksi even berlengan pendek.
13. Tak layan perempuan lain kecuali urusan kerja sahaja.
14. Akan datang jumpa family korang untuk tunjukkan kesungguhan yang dia suka korang.
15. Dia akan 'kejar' korang sampai dapat..cuma ada satu masa dia bila dia dah tak larat nak 'kejar', dia akan berundur.

P/S : This post is dedicated to NMI, a person that I have devoted my life, to show how serius I am.
 
 #PrayForMH307
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search