Ya, Anda Boleh Dapat Pasangan Melalui Blog.

- 20.58
advertise here

Sebelum ni aku pernah tulis entri Boleh Ke Dapat Pasangan Melalui Blog. Dan pada pendapat aku yang sebelum ni, kemungkinan untuk dapat awek atau pakwe kat blog ni sangat tipis. Lain la kalau korang cuba usha awek melalui facebook. Add, tunggu approve, dah approve boleh la korang start usha. Tak pernah pulak aku dengar orang cakap “Eh..aku kenal awek/pakwe aku dari blog je”. So, aku rasa betul la pendapat aku pada masa tu yang kita tak boleh dapat pasangan hidup melalui blog.

Memang ramai blogger yang cantik-cantik dan hensem-hensem tapi bagi aku, blogging ni lebih kepada tempat kita share idea, info dan pengalaman hidup kita. Blogging bukan tempat mengorat..lebih kepada sharing ilmu je. Tapi kalau setakat nak cari kawan, blog ni platform yg terbaik jugak la..cuma untuk cari pasangan tu chances nak dapat tu sangat la sikit kan.

Rupa-rupanya selama ini aku salah..memang betul-betul salah. SALAH!

Ya, sememangnya korang boleh dapat pasangan melalui blog. Buktinya, kenyataan dari Bro Framestone..baca dia punye komen kat bawah. 



Bukti lagi..aku sendiri. Kalau korang pernah baca entri INI, mesti korang tertanya-tanya siapa la NMI ni kan..misteri betul macam MH370. Untuk pengetahuan korang, NMI pun seorang blogger dan bakal guru. Kali pertama jumpa dengan dia dalam blog terus berkenan. Insha allah, sekarang ni tengah kumpul duit, pastu nak jumpa mak ayah dia untuk pinang dia nanti. Mohon doakan jodoh kami kekal :)

P/S : Aku dah jumpa jodoh dalam blog..anda bila lagi?
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search