Kisah Seorang Cikgu Dengan Pelajar Nakal

- 05.32
advertise here


Kat sekolah aku ada seorang cikgu yang mengajar bahasa inggeris. Nak kata garang takde la sangat, baik jugak la. Kadang-kadang tu pelajar bising kat belakang dia boleh senyum lagi. Tak ada perasaan ke cikgu ni? Macam mana la boleh tahan dengan sifat pelajar-pelajar nakal. Baik betul layan kerenah diorang.

Suatu hari, ada seorang pelajar yang tak tahan dengan perangai pelajar yang suka buat bising masa pembelajaran bertanya kepada cikgu bahasa inggeris ini, 

"Sir, tak geram ke dengan student yang buat bising? sir ni lembut sangat la."
"Kalau diorang nak belajar,belajar.Tak nak belajar nak buat camna" jawab cikgu itu sambil senyum je..

Nak jadi cikgu mesti kena banyak sabar.
Cikgu bahasa inggeris kat atas tu aku la..hehe
Bukan tak nak garang, garang tu ada jugak la..cuma bertempat. Nak ajar budak-budak yang nakal kena guna pendekatan lain sikit berbanding pelajar biasa. Kadang-kadang tu budak nakal la yang buat kelas jadi happening and pening..haha. Dan dalam kelas, nama 2 jenis students je yang aku cepat ingat, student yang pandai dan student yang nakal. Siapa pernah jadi pelajar nakal angkat tangan!

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search