"Datuk Seri" Ditangkap Ketika Cuba Larikan Diri..

- 17.30
advertise here
LAHAD DATU – Seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang dicari kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pencerobohan pengganas Sulu di negeri ini diberkas tidak sampai enam jam selepas polis mengedarkan gambarnya kepada umum kelmarin.

Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl, 57, diberkas pada pukul 10.30 malam bersama seorang wanita dipercayai isterinya berusia 55 tahun dan seorang lelaki yang merupakan kenalannya berumur 33 tahun.

Ketiga-tiga mereka diberkas di rumah pangsa Datuk Seri tersebut di Tanjung Aru, Kota Kinabalu kira-kira 401 kilometer dari sini.

Mereka diberkas bagi membantu siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Datuk Seri itu diberkas selepas kita menerima maklumat mengenai kedudukannya enam jam setelah kita mengedarkan gambarnya pada pukul 4.30 petang.

“Seorang wanita dan seorang lagi lelaki turut ditahan di dalam rumah itu ketika mereka bersiap sedia untuk melarikan diri,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang pada sidang akhbar di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search