Keindahan Sungai Alatna Di Mata Dunia.

- 19.30
advertise here
Sungai Alatna adalah salah satu daripada enam sungai yang terletak di Gates of the Arctic National Park and Preserve di Alaska, Amerika Syarikat.

Tidak hairanlah jika sungai yang menakjubkan tersebut sering disebut sebagai salah satu sungai yang paling indah di Amerika Syarikat. Sungai Alatna mengalir melalui Banjaran Endicott, melewati Circle Lake, puncak Arrigetch dan Tasik Takahula sebelum memasuki kawasan bukit Helpmejack.

Sejauh 40 km dari sungai, anda boleh mencari kontur yang cetek dan berbatu, diikuti oleh 24 km kawasan sungai yang menjadi lebih jeram. Menurut Alaska River Guide, sungai ini memiliki panjang 296 km dari hulu ke Allakaket - nama desa kecil di berhampiran sungai-dan 220 km dari Circle Lake ke Allakaket.

Sungai ini sangat popular untuk float trip atau pelancongan mengharungi sungai kerana aliran airnya yang tenang dan pemandangan yang indah. Perjalanan tersebur biasanya memakan masa sekitar 4-14 hari, bergantung pada cuaca atau keadaan sungai.

Ini tentunya boleh menjadi destinasi menakjubkan yang boleh anda kunjungi bersama pasangan. Khususnya bagi anda yang suka cabaran di alam.sumber
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search