Minggu, 17 Maret 2013

Syazwan Rasa Bersalah Dituduh Rampas Kekasih Keith Foo

PETALING JAYA: Pelakon Syazwan Zulkifli kesal apabila dituduh merampas kekasih pelakon Keith Foo, iaitu pelakon Indonesia, Tyas Mirasih selepas mereka digandingkan bersama dalam filem Laga.

Syazwan, 26, menafikan sama sekali menjadi punca perpisahan pasangan selebriti dari seberang tersebut.
"Kami berlakon bersama dalam sebuah filem pada November lalu, sepanjang penggambaran memang kami rapat tetapi tidaklah sampai ke tahap bercinta.

"Jika kami keluar bersama sekalipun secara beramai-ramai dengan pembantu peribadi masing-masing, lagi pula ini pertama kali dia di Malaysia, " katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.
Keith Foo dan Tyas Mirasih -Foto Kapanlagi.com

Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas ruangan pojok sebuah akhbar Ahad mendakwa dia bercinta dengan seorang pelakon Indonesia yang merupakan kekasih kepada pelakon yang berasal dari Malaysia, Keith Foo.

Keith Foo yang popular dan membina kerjaya sebagai pelakon dan model di Indonesia baru sahaja menjadi artis baharu di bawah payung Astro.
Jelas Syazwan, sepanjang tempoh penggambaran hampir 20 hari itu, dia sedia maklum bahawa Tyas sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berkenaan.

"Saya tahu dia bercinta dengan Keith Foo, ketika pengambaran di Kuala Kangsar dia sering ke Kuala Lumpur untuk berjumpa Keith Foo yang ketika itu ada penggambaran di sana.
"Lagi pula hubungan kami seperti kawan dan tiada langsung niat di hati saya untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan dia," katanya.
Keith Foo baru sahaja minggu lalu, menjadi pelakon dibawah naungan Astro.

Namun begitu Syazwan turut mengesyaki individu yang bertanggungjawab membawa masuk Tyas ke Malaysia telah menyebarkan fitnah tersebut.
"Saya tahu siapa yang sampaikan fitnah ini, dia adalah ejen yang juga pelakon Malaysia yang sering bawa pelakon Indonesia ke sini.

"Dia sampaikan perkara-perkara yang tidak benar kepada Keith sehingga kami bertiga berantakkan dan saya rasa sangat bersalah apabila mereka berpisah," katanya.
Tambah Syazwan, di sebabkan rasa bersalah, dia cuba menjernihkan keadaan dengan cuba menghubungi Keith bagi menjelaskan keadaan sebenar.http://mstar.com.my

Top