Minggu, 17 Maret 2013

Sarimah Ibrahim Dianiya Stesen Radio?

Pastinya pendengar stesen radio berbahasa Inggeris, Red FM tertanya-tanya ke manakah menghilangnya suara deejay Sarimah Ibrahim yang sentiasa menemani waktu pagi anda sebelum ini.
Persoalan ini terjawab apabila Sarimah tampil memberikan penjelasannya menerusi rancangan Melodi hari ini dengan mengatakan, “kalau kita kena khianat, kena aniaya dengan orang ke, kalau kita tak bersalah, kita tak perlu takut”.

Selebihnya dia dilihat tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana ianya ada kaitan dengan pihak pengurusan stesen radio tersebut.

Sarimah juga dilihat enggan memanjangkan lagi isu tersebut.
Dia juga menyatakan rezekinya akan lebih murah selepas ini dan percaya semua yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya nanti.

Hmm, kesian pula kalau betul dia kena aniaya kerana penulis sendiri suka dengan celoteh Sarimah bersama pasangannya dalam rancangan pagi itu sebelum ini.
Tidak mengapalah mungkin sudah tertulis bukan rezeki Sarimah di situ. Harapnya Sarimah tabah dengan dugaan yang menimpanya itu.mynewshub.my

Top