Najwa Latif Nafi Letak Harga Tinggi Buat Persembahan

- 07.13
advertise here
Penyanyi kelahiran Youtube yang mencipta fenomena dengan lagu berhantunya, Cinta Muka Buku dikhabarkan mula meletakkan harga tinggi bagi sesebuah persembahan yang ingin dijayakannya.

Menafikan perkara sebegitu berlaku, Najwa, 18, berkata kepada Buahmulut, “demand ke saya ni?
Rasanya tidak kot, tak benar kalau ada yang kata saya ni demand dan mintak bayaran yang tinggi.

Lagi pun apabila saya meletakkan tanda harga bagi setiap persembahan, banyak faktor diambil kira contohnya macam masa, tempat, perjalanan dan banyak lagi. Jadi harga tu sesuai mengikut keadaaan”.

Ada pihak mendakwa dia meletakkan harga sebanyak RM10,000 bagi satu lagu dan pantas saja Najwa menafikan perkara itu dengan berkata, “sebenarnya saya pun tak tahu harga sebenar saya bagi satu lagu bila setiap kali buat persembahan.  Apa-apa yang berkaitan harga ini sebenarnya pihak pengurusan saya yang uruskan.  Tapi setakat ini saya tak pernah lagi ambil satu lagu dengan harga yang tinggi macam RM10,000 itu”.

Hmm, mungkin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik atau karier nyanyian Najwa yang semakin berkembang sejak kebelakangan ini.

Sabar je lah Najwa ya dan semoga terus sukses dengan kerjayanya serta memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diketahui Khamis ini.http://mynewshub.my
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search