Gereja Tempat Orang Islam Bersembahyang?

- 05.03
advertise here
Gereja Santo Yohanes Penginjil di Bandar Aberdeen, Scotland, ini menjadi gereja pertama di Scotland yang turut menjadi tempat kaum muslim melaksanakan solat.

Stesen televisyen STV melaporkan, Isnin (18/3), Gereja Santo Yohanes Penginjil ketika ini juga menjadi tempat bagi ratusan umat Islam melaksanakan solat lima waktu saban harinya. Ini lantaran sebelum ini masjid yang terletak berhampiran kawasan itu sangat kecil dan memaksa mereka harus melaksanakan solat di luar banggunan.

Bahagian ruang utama gereja itu ketika ini telah diserahkan dari Pendeta Isaac Poobalan kepada Imam Ahmad Megharbi dan jemaahnya. Kadang-kadang, jika memang jemaah yang datang banyak, mereka juga menggunakan ruang utama di gereja itu untuk melaksanakan solat.

Walaupun ada beberapa kejadian serupa di mana gereja juga digunakan bagi umat Islam untuk melakukan solat seperti di beberapa kawasan di Amerika Syarikat, namun ketua Gereja Santo Yohanes Penginjil percaya gereja ini sebagai yang pertama menjadi gereja yang juga digunakan kaum muslim di Scotland.

Poobalan (50 tahun) mengatakan dirinya pernah berada di dalam lingkungan Islam ketika besar di India dan hal ini telah membantu dia untuk memahami bahawa baik umat Islam dan Kristian boleh berdoa bersama-sama di Aberdeen.

"Berdoa tidak pernah salah. Pekerjaan saya justeru membuat agar orang berdoa. Masjid yang biasa digunakan umat Islam di sini kadang-kadang penuh, dan jika sudah penuh mereka sampai solat di luar dengan keadaan berangin dan hujan," kata dia.

"Saya tahu saya tidak boleh membiarkan hal ini terjadi sebab itu sama saja saya telah mengabaikan Alkitab yang mengajar bagaimana seharusnya kita memperlakukan sesama kita dengan baik," lanjut Poobalan.

Dia mengatakan ketika dirinya menjelaskan hal ini kepada jemaah gereja berkenaan situasi yang dihadapi umat Islam di daerah itu, seorang jemaah bahkan terus mengatakan bahawa dia tidak masalah jika gereja itu digunakan juga buat kaum muslim. Ketika itu, dia merasa bahawa tidak ada masalah dari para jemaah.

"Namun, ketika saya ingin berbicara kepada Imam Ahmad mengenai pekara ini jika ada keraguan sama ada mereka mahu menerima tawaran dari kami sebab ini belum pernah dilakukan sebelum ini. Tetapi, mereka langsung menyambut tawaran kami dan hal ini boleh menjadi hubungan yang positif," ujar Poobalan.

"Apa yang berlaku di sini sangat istimewa dan saya rasa tidak masalah mengulangi perkara seperti ini di seluruh Scotland. Hubungan ini sangat dipenuhi rasa saling menghormati," kata Imam Ahmad Megharbi.

Uskup Aberdeen, Hugh Edward Gilbert, mengatakan dirinya berharap apa yang dilakukan baik kaum Muslim dan Nasrani di Aberdeen boleh mengejutkan semua pihak.

"Inilah yang terjadi antara Gereja Santo Yohanes Penginjil dan masjid di kawasan itu. Semua orang boleh melakukan sesuatu secara tempatan dan jika ada banyak orang melakukan hal itu maka sesuatu yang besar mungkin saja boleh berlaku secara global. Itu sebabnya Aberdeen berada dimata dunia  ," ujar Gilbert.

di petik dari: http://www.acehtraffic.com/2013/03/gereja-ini-dijadikan-tempat-shalat-bagi.html

dari sumber di atas kenyataan ini kurang jelas sedikit,terutama mengenai,adakah gereja ini masih di gunakan oleh org kristian atau tidak
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search