Hotel Berkonsepkan Syurga Dan Neraka

- 06.57
advertise here
Sebelum masuk syurga atau neraka, tak ada salahnya kamu mencuba sensasinya di hotel ini.

Tapi anda tidak perlu khuatir, kerana jika kamu memilih neraka, kamu tidak akan dibakar atau diseksa . Hotel bernama Vice Versa ini hanya menawarkan konsepnya sahaja.

Direka oleh Chantal Thomass, jika anda memilih konsep syurga, bilik anda akan didominasi dengan warna putih. Sedangkan jika memilih neraka, bilik anda akan didominasi oleh warna merah dan hitam.

Tidak hanya itu saja, hotel 37 tingkat ini juga mempunyai bilik hotel bertemakan '7 dosa mematikan '. 7 dosa tersebut meliputi nafsu, kerakusan, ketamakan, kemalasan, kemurkaan, iri hati, dan kebanggaan.

Misalnya kerakusan, kamarnya didominasi oleh warna merah muda dengan gambar perempuan Perancis mirip dengan Marie Antoinette. Tema nafsu didominasi warna merah muda pastel dengan aksen hitam dan gambar-gambar lekuk tubuh perempuan. Tema kesombongan mempunyai aksen berwarna kuning keemasan, patung, dan lantai marmar. Dan sebagainya, sesuai dengan ikon tema tersebut.

Hotel yang terletak di kawasan Paris, Perancis ini sudah begitu banyak peminatnya sejak awal pembukaannya, pada Julai 2012 lalu. Bagaimana, tertarik untuk berkunjung.??



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search