Bapa Mertua "Rita Rudaini" Kecewa Dengannya..

- 17.30
advertise here
Bapa mentua Rita Rudaini, Abd. Radzak Salleh,64, melahirkan rasa kecewa apabila menantunya itu gagal menghantar wakil bagi menganggotai jawatankuasa pendamai dalam proses permohonan cerai Rita dan Aidil Zafuan seperti yang diarahkan Mahkamah Rendah Syariah Seremban.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini (Rabu), Abdul Radzak hadir ke mahkamah bagi mewakili Aidil. Namun, Rita gagal menghantar wakil sehingga menyebabkan mahkamah menetapkan 3 April ini untuk Rita menghantar nama wakilnya dalam jawatankuasa berkenaan.

"Saya berharap masalah mereka ini dapat diselesaikan dengan segera kerana lagi banyak masa diambil, bermacam-macam cerita yang tidak baik timbul.

Saya sebagai orang tua mahu perkara ini diselesaikan dengan baik tetapi tindakan Rita ini (tidak menghantar wakil) menyebabkan saya berasa kecewa," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah pada Selasa.

Sementara itu, peguam yang mewakili  Aidil Zafuan, Noor Ariff Delia Ramli memberitahu beliau ada menerima surat daripada peguam Rita pada Selasa yang memaklumkan bahawa wakil pelakon itu tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah.

Mahkamah pada 25 Februari lalu mengarahkan satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan selepas permohonan cerai pemain bola sepak itu terhadap isterinya  dibantah oleh Rita.

Dalam jawatankuasa tersebut, kedua-dua belah pihak dikehendaki menghantar seorang wakil yang terdiri daripada keluarga terdekat untuk mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan itu dikemukakan kepada mahkamah.

Rita dan Aidil mengundang kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Sepanjang tempoh perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu  Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.     http://www.gua.com.my
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search