Penting Ke Rupa Paras Dalam Dunia Blog?

- 06.01
advertise here

Mungkin tajuk ini agak sensitif dan mintak maaf kalau ada blogger yang terasa hati dengan entri ini. Bukan nak mempersoalkan rupa paras seorang blogger sebab kecantikan ni benda subjektif. Cuma tergerak hati melihat trend orang zaman sekarang yang menilai seseorang tu berdasarkan rupa paras.  

Biasanya blogger yang ada rupa paras, blognya sentiasa menjadi 'port' tempat lepak blogger lain. Percayakah anda, rupa paras seorang blogger turut menjadi faktor kepada blog tu jadi terkenal. Contoh:

  • blogger yang cantik dan hensem, mesti ramai follower.
  • blogger yang cantik dan hensem, mesti banyak jum earning.
  • blogger yang cantik dan hensem, mesti tinggi trafik.
  • blogger yang cantik dan hensem, mesti ramai orang review.
Dan kat Malaysia ni, sememangnya ramai blogger yang berstatus cantik dan hensem..alhamdulillah..satu bonus untuk anda. Tapi tak semua blogger boleh berjaya dengan berbekalkan rupa paras saja. Ada blogger yang hanya letak gambar kartun sebagai profile picture tapi berjaya menarik ramai pengunjung untuk terjah ke blognya..bukan kerana paras rupa tapi kerana gaya penulisannya yang menambat hati pembaca.

Bagi aku sendiri, tak kisah blogger tu cantik, hensem atau tak...selagi entri mereka menarik dan best untuk dibaca, tetap jadi pengikut setia blog diorang. Walau apa pun, syukur la dengan anugerah yang Allah bagi. Persoalannya kat sini, penting ke rupa paras seseorang blogger dalam dunia blog?


Entri lain yang anda mesti baca : 

    Advertisement
     

    Start typing and press Enter to search