Penjelasan Kepada Blogger Yang Hina Kerja Cikgu

- 18.17
advertise here

Semalam ada terbaca satu entri yang ditulis oleh blogger ceyana yang boleh dikatakan menghina dan memandang rendah kerjaya seorang guru. Disebabkan entri 'Untung Laa Sape Jadi Cikgu' satu Malaysia marah dan sakit hati dengan tindakan dia yang menyinggung perasaan para guru. Entri penuh baca sini. Aku senaraikan satu persatu antara pendapat peribadi blogger ini mengenai kerja cikgu. 

 
KOMEN : Persoalan yang ditimbulkan oleh blogger ini ialah mengenai gaji cikgu. Senangkan kerja cikgu, pergi sekolah pagi petang balik tapi sebulan dapat 2k. Yang tak pernah rasa jadi cikgu takkan faham. Memang la kerja sampai pukul 2 tapi kalau ada kelas tambahan atau latihan sukan, cikgu terpaksa terconggak di sekolah sampai pukul 5 6 petang. Even guru pelatih pun terpaksa stay sampai ke petang apatah lagi kalau cikgu sebenar. Rasanya ramai yang fikir "Ala..kerja cikgu bukan payah pun, mengajar je". Ingat senang ke nak didik anak orang? Salah ajar rosak satu generasi. Marah sikit nanti sampai la mak bapak datang sekolah serang cikgu. Masalah disiplin cikgu jugak yang kena tanggung sampai ada kes cikgu kena belasah dan ditumbuk oleh pelajar sendiri. Kalau kereta cikgu kena calar ada ke boleh claim dengan jabatan pendidikan? Dan beban kerja sekolah bukan habis setakat tu saja tapi terpaksa bawak balik ke rumah. Bayangkan nak kena tanda kerja sekolah, nak kena tanda markah, nak key in markah, nak fikir untuk ajar apa esok dan macam-macam lagi la. Cuba anda jadi cikgu sebulan, menangis mintak resign rasanya. 

 
KOMEN : Bagusnya kalau cikgu cuti berlambak tapi kenapa ada yang terpaksa bekerja setiap Sabtu sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan. Bukan nak memberontak, cadangan 9 jam sehari tu membebankan lagi tugasan cikgu. Secara tak rasmi pun cikgu sekarang ni dah berkerja 24 jam. Memang betul secara official cikgu berkerja dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang tetapi tak termasuk lagi dengan kelas tambahan waktu petang atau waktu malam kadang-kadang sampai pukul 10.30. Orang selalu anggap cikgu cuti banyak so boleh relak. Hakikatnya tugas cikgu ni berat. Hari cuti pun kerja sebab nak bagi prestasi budak naik. Jarang tengok pekerjaan lain yang bawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding cikgu yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Malas nak cakap banyak, orang yang kerja cikgu yang tahu beban cikgu ni.

 
KOMEN : Cikgu tak boleh bersosial? Cikgu tak boleh bukak pusat tuisyen sebab gaji dah tinggi lebih daripada orang yang kerja 12 jam? Jumud sungguh pemikiran blogger ni. Kalau cikgu sorang je yang bersunguh-sungguh mengajar di sekolah tapi pelajar buat dek macam mana la nak lulus ujian. Bayangkan majoriti pelajar dalam satu kelas 40 orang dan masa yang diperuntukkan untuk satu subjek 40 minit, mana ada masa cikgu nak bagi perhatian pada setiap pelajar. Sepatutnya pelajar tu sendiri jalan cari macam mana nak skor subjek. Pelajar gagal cikgu yang dipersalahkan. Hurmm..ni mesti kes pernah fail pastu salahkan cikgu (mata ke atas tangan ke bahu). Grade sekolah jatuh, cikgu la yang kena menjawab dengan pihak atasan siap kena buat report lagi padahal cikgu dah habis kudrat mengajar. Cikgu bagi nota pakai duit sendiri tapi berapa ramai yang hargai? Setakat seribu dua habis untuk material budak tapi pelajar buang nota merata-rata. 


KOMEN : Tak sangka pulak ada cikgu yang berlumba-lumba nak hantar murid ke hospital. Untuk pengetahuan blogger yang suka hentam ni, apa-apa yang terjadi pada pelajar dalam kawasan sekolah, cikgu la yang bertanggungjawab. Nak kena menjawab dengan mak bapak pelajar lagi pastu PPD pastu JPN. Walaupun ada banyak tugas guru aku malas nak senaraikan. Kalau buat list pun, ada orang tak faham jugak dan masih kata kerja cikgu ni mudah..banyak cuti. Cikgu mintak tolong suruh isi markah pun dikata curi tulang. Ok, fine! Aku nak bidas la balik - maknanya anda tak ikhlas la buat kerja tu dan mengharap upah kan?


KOMEN : Nak tergelak jugak bila blogger ni suruh cikgu berhenti menulis blog dan bermain facebook. Mungkin blogger ni peminat "Oppa Gangnam Style" so dia tak bagi la mana-mana cikgu share video artis kegemaran dia kat facebook kot. Kata kolot nanti marah. Tahukah anda, facebook ni tempat berkongsi pendapat dan sumber maklumat pengajaran? Dan blog pula tempat boleh nak upload dan download bank soalan ujian daripada guru-guru yang pakar? Susah jugak nak cakap dengar orang yang tak boleh terima pendapat orang lain ni. 

*****************
 
So, tak perlulah nak dengki dengan "gaji cikgu yang banyak" dan tak payah nak meluat dengan "cuti cikgu yang melambak". Sama je mana-mana kerja, cuma antara cikgu dan cikgu tahu beban tugas mereka..orang lain cuma nampak tapi tak pernah rasa. Aku pun boleh kata kerja doktor, peguam, kerani, jurutera, polis lebih senang dari kerja cikgu, berdasarkan apa yang aku nampak tapi tak melaluinya. Susah ke senang? Aku tak tahu. Yang aku tahu beban kerja cikgu dan korang dengan beban kerja masing-masing. Tak perlulah nak bercakap tentang kerja orang lain.


Entri lain yang anda mesti baca :


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search