Surat Dari Seorang Bapa Kepada Bf Anaknya

- 23.11
advertise here

Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1 :

Jangan ko pegang-pegang anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang-pegang anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat rumah.

Peraturan 2 :

Aku tau sekarang ni fesyen budak-budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok-elok macam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa berdating’ dengan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku ni untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 3 :

Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih duk canang hari-hari kat tv atau internet. Kalau tak pakai perlindungan macam kondom atau lain-lain, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalau dengan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Faham?

Peraturan 4 :

Biasalah kalau ko nak berkenalan lebih baik dengan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik ke, pasal sukan atau lain-lain topik semasa ke...aku tak nak dengar semua tu. Satu je topik yang aku minat nak dengar : Bila ko nak hantar anak aku balik ke rumah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 5 :

Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan awek-awek lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal dengan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai-pandai cari perempuan lain sampai la anak aku dah bosan hingga dia minta putus dengan ko. Kalau ko buat anak aku menangis, aku pulak akan buat ko menangis sama.

Peraturan 6 :

Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan duk mengeluh kalau dia bersiap lama sangat. Kalau ko bosan menunggu kat luar tu, tolong la buat apa yang patut, macam basuh keta aku atau cat pagar rumah aku ni.

Peraturan 7 :

Tempat-tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating : Tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang boleh baring. Tempat yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat yang gelap. Tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium-cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 8 :

Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak je perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy-spy aku. Kalau aku tanya ko nak pergi mana, dengan siapa lagi yang join korang, ko ada satu peluang je nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang rumah aku ni. Selalunya aku duk menembak khinzir kat situ. Kalau aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanya. Jangan main-main dengan aku.

Peraturan 9 :

Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat-sangat takut. Aku ni selalu teringat peristiwa bukit kepong. Sampai sekarang kalau ada orang datang rumah senyap-senyap pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah habis dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat kedua-dua tangan ko tinggi-tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang hantar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Panjang lagi aku nak tulis tapi dakwat pen dah nak habis. Setakat ni dulu je la.

Sekian, Yang Ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.


Entri lain yang anda mesti dibaca :


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search