Berjanji Memang Sedap!

- 00.20
advertise here
As Salam semua

Bukan sekali dua, aku dengar pengguna kena tipu dalam urusan mak andam. Banyak kes dah. Ada yang dah dapat duit lari. Ada yang pakej dijanjikan tak sama dengan yang dihantar, macam-macam lah. Serba-serbi ada penipuan sana-sini kalau tak iya-iya. 


Al-kisahnya, Liana aka Lion, my bff akan melangsungkan pertunangan raya ketujuh nanti. Jadi aku pun teman  dia untuk  book satu pakej pertunangan untuk e-day dia tu. Pakej tunang yang ditawarkan RM 500 complete untuk mini pelamin, baju, solek semua. Okehlah tu, baju yang Lion idamkan pun memang kat situ ada. Jadi, kiteorang pun excited lah dan memang bersungguh nak amek service dia. So, disebabkan kiteorang serius nak baju tu, letaklah deposit RM 150. Tapi masa tu yang handle, pekerja butik pengantin tu. Bukan owner dia. Bersungguh lah amek ukuran baju semua, tanya design pelamin, tudung, warna tema and so on. Promote service dia memang tiptop. Itu sebulan yang lepas. 

Minggu lepas, Lion call balik butik tu untuk fitting baju semua and tanya progress persiapan kan... haaa kat sini lah kiteorang angin. Masa call, si pekerja ni cakap semua dah ok. Semua dah settel. Tinggal datang fitting baju je. 

Tapi, bila kiteorang sampai hari yang dijanjikan fitting baju tu... Ya Hampun!!! Satu apa dia tak buat. Dengan baju tu tak disimpan lagi, seolah-olah takde orang booking. Tak di alter, lagi dasyat... pekerja yang hari tu datang masa first time book tu boleh tak tahu apa-apa pasal booking kiteorang. Siap tanya, dah bayar deposit ke belum, tema apa, bila harinya... Aduhaiiiiii.... eh macam kite baru nak booking pulak padahal dah sebulan lepas dah bagitau dia benda ni semua! Menggelabah si Lion. Marah betul kiteorang. Apa dia ingat kiteorang ni main-main ke booking? Dia boleh buat sambil lewa! Cisss!!!

Lion pun dah tak sedap hati, terus kiteorang buat back-up plan, hire another butik. Dan kena bayar another deposit. Yang aku pelik tu, pekerja butik tadi tu langsung takde bagitau boss dia ke, mintak maaf ke, atau apa benda. At least, kalau tak mampu siapkan baju atau tak boleh service kiteorang bagitau awal-awal. Ini kalau kiteorang tak pergi tanya, tak buat langsung lah kerja tu! Haiyoooo!!! 

Aku dengan Lion decide untuk mintak refund duit deposit tu. Kiteorang dah tak percaya terus dengan service dia. Dia berjanji jugak nak settelkan benda ni dalam masa seminggu, tapi kiteorang dah tak sanggup amek risiko. Mana tau, sampai last-last minit satu hape pun tak jadi. Lagi naya! 

Bila nak mintak refund duit ni pun satu hal. Boleh pulak boss dia berdolak-dalih dengan kiteorang. Cakap dalam tangan takde cash lah, padahal RM 150 je. Cakap polisi dorang memang tak refund duit lah. Mengelak angkat call Lion lah. Sampaikan, aku kena menyamar jadi new customer baru dia layan! Biadap.  

Eh, hello. Kau tau tak apa guna deposit? Sini aku bagitau, deposit fungsinya adalah sebagai jaminan. Kalau di pihak pembeli yang breach contract, yes, deposit tu akan burn. Tapi kalau pihak pembekal yang breach contract, langgar syarat, mengecewakan pembeli, pembeli boleh minta refund plus boleh mintak ganti rugi!  So sekarang sapa sebenarnya yang rugi. Kau tak rugi apa kot. Kau yang main-main tak buat kerja. Kalau ikut polisi sebenar, kiteorang ni boleh claim bukan setakat RM 150 tu, kiteorang boleh claim lebih lagi sebab pihak kau dah susahkan kiteorang, buat kiteorang tension, kena hire another mak andam, bayar another deposit semua. Eh, senang je kau cakap duit tak boleh pulang. Habis kau nak makan duit tu??? Jilake betul... makan duit orang macam tu je! Kesudahannya kita tunggu minggu depan, sebab si pak andam berkeras tak mahu bayar balik deposit. Minggu depan, Lion akan ke butik tu dengan bakal tunang dia. Tengok lah apa cerita... 

Ni lah manusia. Mananya nak maju kalau berniaga menipu? Kalau berniaga buat taik dengan orang! Kena sumpah seranah adalah. Ingatkan bayar deposit banyak, dapatlah beri kepercayaan pada peniaga supaya buat kerja elok-elok. Kira macam bagi rangsangan lah supaya e-day kita jadi yang terbaik. Tapi, lain pulak jadinya. Aku tak fahamlah kenapa ada manusia macam ni. Manusia yag fikir pelanggan dia ada mesin cap duit kat rumah! Haih!!! Jadi pada bakal pengantin, tolonglah hati-hati! Disebabkan benda macam ni, boleh rosak mood korang tau tak... 



p/s: kena tahu segala macam syarat dan hak kita sebagai pengguna. Kalau ada contract tu, make sure dibaca. Kalau tak faham, tanya. Dan sentiasa update progressing kerja mereka. 





Advertisement
 

Start typing and press Enter to search