Tips Nak Dapatkan Ramai Pembaca & Traffic Tinggi

- 21.22
advertise here
Sebagai seorang blogger,mesti korang nak entri yang ditulis, tak kiralah entri baru atau lama dibaca oleh orang lain kan. Kalau setakat publish dekat blog, memang jarang orang akan baca. Kalau ada yang baca pun maybe followers anda sahaja. Kalau anda blogger yang dikenali sebagai blogger otai atau blogger cantik lain la cerita sebab anda dah ada pengikut setia yang tersendiri.

Untuk blogger yang baru macam aku ne, memang kena establish gaya penulisan dan tambah followers dulu. Memang payah nak buat entri yang ada ramai pembaca. Sebab anda blogger baru, kadang-kadang tu entri anda walaupun bermaklumat dan cara anda tulis pun agak menarik, tak semestinya orang akan baca.

Contoh mudah kalau hari pertama anda bekerja mesti jadi orang bawahan dulu kan. Dalam satu pejabat, tak semua kenal anda walaupun tiap-tiap hari anda pakai cantik. Jadi, nak bagi anda terkenal atau dikenali oleh orang lain mestilah ada cara atau bahasa mudah 'kabel'. Sama jugak dengan blog yang baru setahun jagung. Korang kena luaskan rangkaian supaya semua orang tahu dan baca entri dalam blog anda tu.

Caranya mudah je. Cuba promosikan entri anda ke website yang boleh menambahkan backlink ke blog anda. Untuk blogger baru, memang berkesan. Kalau entri yang anda publish tu menarik, admin website tersebut akan pilih dan letak kat mana-mana bahagian dalam website tersebut. Banyak kali jugak entri aku dipublish. Satu entri aku dapat 5000 view. So,secara automatik, traffic juga akan meningkat.

Ini adalah website yang korang boleh cuba promosikan entri dalam blog. Caranya sangat mudah. Daftar guna akaun facebook je. Gerenti traffic naik. Nak masuk klik je kat website bawah ne :



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search