Anak Kucing Angkat

- 08.26
advertise here
As Salam semua

Sapa-sapa yang tau facebook aku, start daripada aku cuti semester lepas aku memang dah meroyan cari anak kucing. Sana-sini aku cari anak kucing. Bukan takde kucing kat rumah ni, ada. Namanya Kimi. Kucing jantan paling hot lagi seksi, cuma biasalah kan kucing jantan aku yang sekor ni sangat super hero aktif. Dia takdenya nak layan kau gesel-gesel hidung ke, main bulu-bulu dia ke, apatah lagi nak peluk dia kepam-kepam. Memang tak lah. Dia datang dekat kau bila dia lapar je. Waktu dia kenyang dia main lari bagai harimau kumbang! Laju gila babas dia lari. Aku yang gemok ni nak kejar memang semput lah! Hahahaha. Jadi, disebabkan aku dahaga kasih sayang seekor kucing, aku ke hulu ke hilir mencari anak-anak kucing yang manja. Lama jugak aku usha page sana sini. Dari KTAJ Adoption Online sampaikan ke Malaysian Cats Free Adoption, hari-hari aku tengok. Cari kucing yang sesuai dan berhampiran untuk diambil sebagai anak angkat. 

Setelah lama mencari, memang rezeki sangat aku dengan anak bulus yang sekor ni. Ada seorang doktor di Bangsar, berhampiran sangat dengan UM nak bagi anak kucing untuk adoption. Mula-mula aku fikir nak bawak naik bas guna pet carrier, tapi bila fikir balik takut pulak syarikat bas tak benarkan. Jadi kebetulannya, ada kawan aku nak pergi interview kat KL jugak, jadi aku tumpang dia dan mintak tolong  untuk bawak anak kucing kesayangan aku ni. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.


Sesampainya aku kat rumah tuan empunya tu, aku tak sangka pulak doktor ni asal dari family orang kaya. Aku sendiri kagum dengan rumah dia. Ada swimming pool bagai, ada court tenis, ada air pancut semua. Huh, aku sendiri rela jadi kucing kalau dapat tuan orang kaya macam ni. Dato' tu ada 25 ekor kucing yang semuanya gebu bagai. Siap ada anak kucing yang mata dia sebelah biru dan sebelah lagi gold. Gerammmmmm je!

mata kaler lain-lain. tapi belum putus susu lagi ni...
Setelah main-main dengan kucing yang 25 ekor tu, aku kena pilih salah sekor untuk diadopt. Ada dua yang nampak manja dengan aku dan memang aku berkenan. Yang sekor bulunya warna putih dan ekor warna coklat, lagi best mata dia biru kristal. Yang sekor lagi, ekor kembang, warna mix putih dan gold. Muka comel dan aktif.  Dua-dua nampak cantik dan manja. Memang susah nak buat pilihan. Rambang mata aku. Untuk buat final decision ni,  sambil aku dukung dua-dua anak bulus tu, aku cakap dalam hati. "Sapa yang nak ikut kita balik Johor?"

Tiba-tiba salah sekor anak kucing ni terus baring kat dada aku masa aku dukung tu, sambil mata dia pandang aku. Manja sangat macam faham apa yang aku cakap dalam hati tadi tu..... Alhamdulillah... Dia sudi bermanja dengan aku. Yang mana satu korang rasa???

yang ini.....






Comey kan? Comey kan! Sumpah, aku pun jatuh cinta dengan dia. Sepanjang drive back to Kluang, dia senyap je. Tak banyak ragam. Duduk diam-diam. Bulu dia halus sangat macam baldu. Putih, gebu. Mata bulat. Ekor spiral dan kembang. Manja dan sangat playful. Memang buat orang geram nak geget-geget dia! Alahai.... rezeki aku agaknya.

Sesampainya kat rumah, family aku semua suka lah dengan dia. Terus esoknya kiteorang bawak dia pergi vet, belikan vitamin, cage, ring ball, makanan dia semua. Than, setelah bincang dengan ayah aku, ayah decide nak letak nama dia sebagai Glory. The meaning of great honor, fame, pride and luminosity. Harapnya Glory serasi tinggal dengan aku dan keluarga aku. Moga Glory membawa rezeki jugak pada kami semua. Amin!



p/s: Selamat Berpuasa semua. Moga Ramadhan ini membawa barakah pada kita semua



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search