Kesilapan Besar Blogger Ketika Memberi Komen

- 07.13
advertise here
Entri kali ini aku nak bagitahu sikit kat semua para blogger di luar sana tu kesilapan yang anda lakukan ketika memberi komen. Seperti yang anda tahu, apabila kita memberi komen, secara tak langsung kita akan mendapat link balik (backlink) kepada blog kita.

Kepada siapa yang tak tahu, backlink adalah penting untuk meningkatkan trafik dan pagerank blog kita. Antara kesilapan blogger ketika memberi komen adalah seperti gambar di bawah ni. Cuba tengok dan bezakan.

 CARA PERTAMA 

Kebanyakann blogger menggunakan blogger profile seperti di atas ini apabila memberi komen pada sesuatu entri. Kalau korang komen guna blogger profile, korang hanya akan dapat backlink ke page profile sahaja. Korang dah rugi satu backlink. Ini kerana komen yang menggunakan blogger profile kalau korang klik pada link itu, ianya akan bawa ke profile blog terlebih dahulu sebelum masuk ke blog. Contoh mudah seperti di bawah.


CARA KEDUA 

Apabila anda komen guna Name/URL, anda akan meninggalkan nama dan link url blog anda kat komen tu dan bukan link google profile. Apabila orang klik nama anda di ruangan komen tu, ia akan bawa straight ke blog anda. Secara tak langsung anda dah dapat free backlinks dari blog tu. Siapa kata susah nak dapat backlink?


Entri lain yang anda mesti baca :


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search