Cara Orang Jauh Bercinta

- 03.29
advertise here
Rasa-rasanya lah masa korang bercinta, cara mana yang korang guna untuk berhubung dengan dia?


Yang ne cara orang bercouple dalam tahun 70 an. Biasa la, time ne tak ada kemudahan canggih macam arini. Sorang duk kat selatan sorang duk kat timur. Nak jumpa masing-masing sibuk. Cuti pun tak sekali. Mujur ada abang posmen. Boleh jugak berutus surat cinta tu. Sekali tulis surat sampai 4 helai kertas. Tiap-tiap hari duk tunggu depan pintu bila lah abang posmen nak mari neh. Zaman ne kalau budak sekolah letak surat celah pasu bunga dengan bawah meja je. Siap sembur dengan perfume nak bagi wangi surat tu..hahah


Pastu wujud pulak cara orang yang duk jauh bercouple dengan guna telegraph. Memang style la hantar surat cinta guna telegraph. Treett..treett duk tunggu telegraph tu duk proses. Rasanya time tu orang kaya je kot yang guna benda ne. Lagipun, hantar mesej guna telegraph lebih cepat dari guna surat. Kira dah maju la masa ne.

Sekarang ne ada bermacam-macam jenis tepon. Tak payah tulis surat dah kalau duk jauh. Tekan je nom tepon "Sayang, tengah duk buat apa ne?" Bila dengar suara terasa macam dekat je padahal jauh duduk kat Antartika tu. Biasanya orang couple sekali top up sampai rm 30 terus. Nak jumpa tak boleh kan. Ada tepon ne lama sikit nak cakap. Kalau top up rm 5 baru bagi salam dah abes.
Yang ne rasanya semua pernah buat. Lebih-lebih lagi bila first time berpisah. Tak kiralah berpisah sebab sambung belajar ke or berpisah kerana kerja. Bukan berpisah sebab bercerai tau..hahah. Tepon tu rasanya 24 jam kat tangan duk SMS. Start mesej dari pagi sampai malam baru nak stop. Ada kes sampai bawak masuk bilik air sebab takut nanti lambat reply merajuk pulak orang kat sana. Asalkan korang bahagia buat je lah.

Mula-mula ada tepon dulu guna yang 3310 je. Ok dah tu daripada tak ada langsung. Nak guna tepon public nak call girlfriend/boyfriend susah jugak. Bila dah keluar Samsung Galaxy, cucuk duit terus pergi beli. Tepon 3310 tak layan dah pastu. Apa lagi sakan la ambil gambar. Posing sini posing situ. SMS dah kurang sikit, MMS pulak yang banyak. "Hai sayang, boringlah duk dalam kuliah ne, tak faham apa benda la lecturer ne ajar". Pastu ambil gambar hantar kat pakwe/makwe dia nak bagitahu tengah boring tu..hahah
Kalau hantar gambar je tak puas hati sebab gambar tak gerak. So, belilah laptop, nanti boleh la berwebcam. Yang tak ada skype sanggup download dan install software tu. Nak berwebcam pun tunggu roomate tak ada dulu. Segan katanya. Ada jugak yang sanggup bersekang mata sebab nak tunggu pakwe/makwe dia untuk berwebcam. Maklum lah, belajar kat luar negara, masa tak sama. Janji asalkan dapat tengok dia tersenyum tidor.

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search