Blog Nick Nashram Dah Ada Google Sitelink. Korang?

- 23.12
advertise here
GOOGLE SITELINK NICK NASHRAM

Hari ni aku saje-saje la taip keyword "nicknashram" kat google. Baru aku perasan yang aku dah ada Google Sitelink. Woaa..macam best je. Rasanya dulu tak ada. Apa-apa pun alhamdulillah la. Tak sangka pulak blog aku yang berumur tak cukup pun setahun jagung, baru 4 bulan dah ada Google Sitelink. Terima kasih la encik google. Terima kasih jugak kepada semua pengunjung blog dan mereka yang selalu komen kat blog aku ni. Nanti aku belanja korang makan MCD ye :)

Macam mana nak dapat Google Sitelink?

Aku pun tak tahu macam mana nak cakap. Sesetengah orang cakap sebab populariti.  Asalkan blog popular, optimized dan struktur dia kemas, dapat la Google Sitelink. Tapi rasanya blog aku tak popular pun di kalangan blogger ne, followers pun 298 orang je. Mungkin popular kat search engine kot. Korang baca tips yang aku post dekat sini : 

Penting ke Google Sitelinks?

Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine.

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search