Sabarlah Wahai Cikgu Di Pedalaman

- 22.34
advertise here
 sekolah di pedalaman

Di pedalaman, setiap sekolah mempunyai masaalah yang lebih kurang sama. Ada sekolah yang tak ada makmal komputer dan ada sekolah yang tak ada padang permainan. Ada juga sekolah yang tak ada kantin ( murid makan free sebab dapat RMT ). Oleh sebab tu, cikgu terpaksa la balik ke rumah pada waktu rehat untuk memasak makanan mereka sendiri.

Ada juga sekolah yang tak cukup kuarters guru dan guru terpaksa bersesak-sesak dalam satu rumah . Kalau tinggal di kawasan seperti kaum melanau di Sarawak ‘ok’ lah kerana mereka tinggal di rumah seperti orang melayu dan kadang kadang ada rumah yang boleh di sewakan.Tapi kalau mengajar di kawasan kaum Iban? .Memang susah..lagipun rumah panjang dengan sekolah jauh sangat.

 tong air yang digunakan untuk menadah air hujan

Selain itu,masalaah paling utama kebanyakan sekolah di pedalaman ialah tak ada kemudahan air bersih. Terpaksalah menadah air hujan untuk kegunaan harian. Pilihan lain ialah mandi di sungai je lah. Elektrik pulak ,ada sekolah menggunakan generator dan ada sekolah yang mendapat perkhidmatan eletrik syarikat SESCO. SESCO ni macam TNB lah kalau kat semenanjung. Tapi ada tempat tertentu selalu ‘black out’ gara gara kelemahan SESCO ni.


 antena handphone rekacipta org kampung untuk menarik line..

 Line telefon memang susah nak dapat di kawasan pedalaman. Ada sekolah yang gurunya terpaksa naik ke atas bukit untuk menelefon . Kalau bernasib baik ada tempat atau sekolah yang dapat, tapi kena letak handphone kat dinding.Ada juga sekolah tertentu line telefon menggunakan antena yang di reka sendiri oleh penduduk tempatan.

 tiang antena handphone
 
Untuk perkhidmatan internet tak ada masaalah kerana sekarang ni setiap sekolah ada perkhidmatan ‘School Net’ kecuali ‘school netnya rosak dan tak dibaiki. Masaalah dalam aspek mengajar pula macam macam. Ada murid yang tak ada buku tulis kerana tempat tinggal mereka tak ada kedai runcit. Nak keluar ke bandar amat jauh dan memakan masa yang lama dan modal yang banyak. Nak marah pun kadang kadang tak sampai hati. Nak meminta murid membawa barang untuk tujuan pembelajaran memang lah susah.Contohnya nak meminta mereka membawa akuarium mini untuk kemahiran hidup memang susah kerana jarak ke bandar bukannya dekat. Memakan masa berjam-jam sehingga ada yang memakan masa 8 jam untuk ke bandar.


 pengangkutan utama di kawasan pedalaman ke bandar

Jadi kalau anda di tempatkan ke pedalaman cuba-cuba la tanya dengan kawan-kawan yang mengajar di sana. Kalau kalau ada tips yang boleh di gunakan. Saya menulis berdasarkan pengalaman di Sarawak dan juga dari cerita kawan-kawan. Kalau pedalaman Sabah saya tidak tahu bagaimana.Tapi rasanya tak jauh berbeza dengan di Sarawak.


sumber : http://duniacikgu.wordpress.com


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search