KLIA Ekspress. Feeling Orang Kaya Sekejap!

- 09.45
advertise here
As Salam semua

Yes, mid-sem break telah tamat secara rasmi. Sekejap? Sudah pasti. Tak puas hati? Memang pun! Kena akur. Walaupun, cuti mid-sem kali ni sangat bermakna kerana dapat jumpa pujaan hati. Ewah. 

Kalau aku balik KL, salah satu perkara yang paling aku tak gemar adalah naik tren. Sebab dari TBS nak ke UM, kena tukar dua train. Iyer, memang gigih. But that is the only way yang paling jimat. Kalau nak dicompare naik teksi kan. Selalunya, aku hanya menggunakan khidmat cab bila dari UM-TBS bukan TBS-UM. Sebab utama, harga UM-TBS cumalah RM 15 tapi kalau TBS-UM naik sampai RM 30. Aku pun tak tahu kenapa. Padahal guna jalan yang sama. Oh mungkin pakcik teksi TBS guna minyak RON 97 kan? 

Abaikan. Itu cuma satu luahan hati pengguna. 

Disebabkan, malas melampau *akibat peningkatan lemak tepu yang memang banyak*, maka aku cuba salah satu kemudahan yang ada di TBS. Dah lama kawan aku suggest sebab KLIAXPRESS ni memang super laju katanya.. Tapi tak confident kan. Maklumlah, aku ni kalau bab mencuba-cuba benda baru ni memang payah sikit. Pasal akak aku, ada sekali so why not try kan. Feeling orang kaya sekejap, cuba naik KLIA Xpress. Kalau dah nama selesa, tang harga tu terpaksa lah engkau orang berkorban sikit. Lebih kurang je kosnya kalau naik kemudahan lain. Untuk KLIAXPRESS, for adult RM 4.20 sahaja untuk TBS-KL Sentral. Kanak-kanak tak pasti pulak. Sebab aku belum jadi ibu kan. Tu malas amik port. 


Dengan berbekalkan harapan "nak cepat". Oh yes, memang cepat dan super laju KLIAXPRESS tu tapi ketercepatan aku dibantutkan dengan ketidak pantasan staff kaunter tiker. Ceit! Aku benci kalau orang tengah kerja tapi feeling diva tahap miss world. Lembap nak mati. Memang maki-maki je dalam hati ni woi! Pasal dia, KLIAXPRESS kelihatan sangat lembap ketika itu. Aku terpaksa tunggu next train 27 minit lagi. Oh Damn. Sabar je aku.

Dan, kesabaran aku dibalas dengan keenakan yang maha speechless. Kalau naik Rapid Train korang boleh nap sekejap, apatah lagi naik KTM Komuter kan korang boleh bangun-tidur-bangun-tidur semula. Tapi KLIAXPRESS memang dasyat dan maha selesa. Feeling duduk overseas sekejap. Memang laju. Super laju. Bontot belum panas lagi, tau-tau dah sampai.

Muka jakun
sila abaikan dagu nombor dua aku tu

View yang sempat dicapture

kau tengok seat yang maha empuk tu. tak payah berebut-rebut.
hari Ahad ni lapang macam ni

aku suka gambar ni. effect kat mirror tu macam epik sangat

Kini, rasanya memang aku naik KLIAXPRESS je lah lepas ni. Tak payah bergigihan menapak dan berhimpit-himpit macam sardin. Dari KL Sentral untuk train ke UM (aliran Kelana Jaya) biasanya lengang. So, lepas ni tak payah nak berbasah ketiak lagi. Kehkehkeh.





p/s: Al-Fatihah buat sepupu aku, Ustaz Murad Jaafar yang meninggal petang tadi. Arwah banyak membantu masa ayah aku jatuh sakit. Rupanya, dia pergi dulu. Al-Fatihah.








Advertisement
 

Start typing and press Enter to search