Pengecoh Majlis

- 22.08
advertise here
As Salam semua

Sebenarnya dah ramai dah yang suggest kat aku untuk hebahkan perkara ni, tapi aku yang kata nanti lah dulu. Fikir dulu, segan lah sebenarnya. Maklumlah, benda macam ni kalau salah gaya takut dikata riak. Ececeh... macam nak announce pasal kahwin pulak kan? Bukan-bukan. Tapi ada kaitan lah sikit-sikit. Ehem...Macam ni, aku nak promote sikit part-time job aku. Nak kata hebat kebabom tu, tak lah jugak masih lagi di tahap baby step, tapi apa salahnya aku nak mencuba mengembangkan bakat. Melebarkan sayap kan. 

Hep! Jangan gelak!
Sebagai pelajar, salah satu part time job yang aku kerap jalankan adalah menjadi pengacara majlis. Tak kira majlis formal mahupun tak formal. Biasanya, aku jalankan ketika hujung minggu. Kalau weekdays tu, tengok pada schedule. Dari segi pengalaman pulak, pelbagai majlis keraian seperti Majlis Walimatul Urus, Majlis Penganugerahan, Majlis Makan Malam, Majlis Graduasi Universiti dan Kolej serta pelbagai lagi majlis yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan kenamaan. Insya-Allah boleh! 

Jadi, pada mereka yang mencari atau memerlukan perkhidmatan pengacara majlis untuk majlis korang, jangan malu jangan segan, boleh hubungi aku menerusi emel innanie.ariffin@yahoo.com.  Kat facebook pun boleh. Add atau pm aku ye. Button ada kat sebelah kiri tu. Perkhidmatan aku available di sekitar Lembah Klang (mengikut budi bicara) dan Negeri Johor. Sebarang pertanyaan, maklumat dan apa sahaja yang korang nak survey, silakan-silakan emel aku. Nanti kita kawteam kat situ. Oh, pasal bayaran... jangan risau. Diakui dan dijamin murah dari yang lain. Student kan... Lagi-lagi kalau korang merupakan readers blog aku ni mesti harga baek punya aku bagi. Apa lagi, hebah-hebahkan ye.. pada saudara-mara, rakan dan taulan. 


p/s: Segan ni sebenarnya. Tapi kawan-kawan yang suruh promote! 



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search