Dia Menang Award Sebab....

- 07.15
advertise here
As Salam semua

Bila tengok kawan berjaya, sapa tak gembira kan? Termasuk aku. Ini cerita mengenai seorang perempuan yang aku kenal sejak zaman hingusan. Zaman main cop tiang sama-sama. Berbelas tahun dulu. Tapi kiteorang masih maintain muda belia. Nabihah Ab. Rahman. Oh mungkin, not sound familiar. How about KZ Nabihah? Yep, the winner of Best Blogshop 2012.

zaman hingusan. form 2 dah besar gitu kan kita, bihah?
*sorry bihah, terpaksa upload
Well, dalam pemerhatian aku, dia memang sangat membanggakan sekarang ni. Aku buat entry ni bukan nak puji atau mengagung-agungkan dia apatah lagi nak dapat diskaun dari dia *free boleh lah. Jokes!* tapi aku nak semua para beliawan pengusaha blogshop mencontohi sikap dia. Maybe ada yang bertanya, "Macam mana blog dia boleh menang award? Bukan hebat sangat. Ada banyak lagi blog kencang!" Jawapan aku senang je. It's all about rezeki. Rezeki seseorang itu tak ada sesiapa yang boleh menafikannya apatah lagi mempertikaikannya. Aku rasa kalau kau pun kau tak suka kan. 

Aku tengok macam mana Biha berusaha berdiri dalam establised blogshop dia. Macam mana dia kena kutuk sebab dia sendiri jadi model untuk produk KZ Nabihah yang masa tu dia masih tak mampu nak hired any models. Kau taulah kan, typical Malaysian! Bab kutuk nombor satu. Aku tau macam mana dia kena tipu dengan customer  yang tak habis-habis mengakal orang demi kepentingan diri sendiri, barang-barang kena curi dan pelbagai lagi rencam gelagat 1001 manusia yang  wujud. Bihah bersabar. Tetap layan! 

And now, here she is... The Best Blogshop 2012. What a great appreciation kan? Itu semua hasil kesabaran dia dan satu perkara yang aku nak highlight, Bihah rajin bersedekah. *bukan untuk tujuan riak* tapi aku nak  kita sedar tentang sesuatu yang Islam janji dalam memurahkan rezeki seseorang. THE POWER OF SEDEKAH

Sedekah tak semestinya kau kena bagi pada orang miskin atau peminta sedekah sahaja, tapi sedekah boleh diberi pada sesiapa je as long as kau ikhlas. Pengalaman aku sendiri... Bihah selalu sedekah dengan cara dia kurangkan harga produk bila kawan-kawan beli. Ada pulak mulut cakap "Tu pasal kau kawan baik dia!" Eh no-way man. Kalau orang dalam diri dia tak biasa sedekah, dengan kawan pun buat tak endah. Business is business. Itu pegangannya. Jadi, kalau dengan kawan dia dengan berlapang dada bersedekah, apatah lagi loyal customer dia kan? Aku pun bukan selalu sangat beli barang kat dia *sebab duit takde* tapi setiap kali beli, dia mesti kurangkan harga. Dia kata, bila lagi nak tolong kawan-kawan. Ni lah masanya! See. Niat tu penting. *sekali lagi, bukan untuk tujuan riak!*

berebut trofi sebenarnya
Sesungguhnya, sedekah memang pintu rezeki. Sekali kau beri, sepuluh kali kau dapat. Mungkin dalam cara yang berbeza. Sebab setiap kali kau sedekah, orang yang menerima akan mendoakan kau dengan penuh barakah dan kesyukuran. Berilah pada sesiapa sahaja sedekah itu. Sedekah yang ikhlas menjamin kemurahan rezeki sendiri. Insya-Allah. Dan sekali lagi, aku ingatkan entry ni bukan untuk riak. Tapi sekadar satu perkongsian. 


p/s: Bihah, niat kau untuk tolong ibu kau tu buat aku rasa terharu! Tahniah sekali lagi. 

  


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search