Review Blog 1: CLEOPtara Aidazura

- 18.36
advertise here
As Salam semua

*aku memohon maaf atas kelewatan untuk me-review blog. Disebabkan tuntutan kerja-kerja kuliah yang maha menimbun. Maaf. 

Setelah JANJI PERTAMA ditunaikan, kini janji kedua pulak. Blog pertama yang aku akan review adalah blog bernombor 46. Blog ini dimiliki oleh Cik Aidazura Sadzi. Comey orangnya. Cantik manis. Baiklah nak review apa ye?



First of all, blog ni memang dah banyak yang berubah. Sangat-sangat impress. Masa Cik Aida ni join Give Away : TQ Follower, blog Cik Aida sangat simple. Terlalu simple. Tapi sekarang. Wow!!! dah banyak berubah. Dari segi background, penyusunan widget dan penulisan  entry jugak dah cantik! Tahniah!Kalau dilihat pada penulisan entry pula, aku memang suka. Islamik, lebih kepada nasihat, bahasa yang bagus dan saling mengingatkan sesama muslim. Warna dan font tulisan pun memang memberi kesan. Serba-serbi menariklah. Sejuk mata memandang. 

Kalau tak keberatan, harapnya Cik Aida dapat terima pandangan aku ni ye. Ada dua pandangan saya yang mungkin boleh Cik Aida pertimbangkan. 

1. Lagu 
Kebanyakan reader/visitor blog tidak berapa gemar blog yang mempunyai lagu. Ini kerana dalam satu masa ada banyak blog yang dibuka, jadi kalau ada 4-5 blog mempunyai lagu, akan menyebabkan bingit dan lagu bercampur baur. Saranan saya, kalau Cik Aida nak letak lagu, letakkan dalam mode pause when open. Kiranya, sapa nak dengar, dia boleh klik sendiri baru lagu on. 

2. Bloglist
Bloglist memang bagus untuk blog. Tak caya BACA INI. Tapi, apa yang saya dapati, blog Cik Aida memiliki senarai bloglist yang sangat panjang. Ini secara tak langsung akan menyebabkan blog berat dan lambat untuk loading. Oleh itu, saranan saya Cik Aida cuba hadkan kepada 5-7 blog sahaja. Atau pun Cik Aida boleh gunakan scroll box untuk memuatkan keseluruhan bloglist supaya tak terlalu panjang. 

Seperti biasa, saya pun bukanlah hebat sangat dalam arena blog. Harapnya Cik Aida sudi menerima cadangan saya tu. Sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Ampun maaf dipinta jika ada pandangan yang mengguris hati. Semoga kita semua happy blogging ya! 

Kawan-kawan, mari jemput singgah teratak Cik Aida -------- KLIK SINI---------
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search