Mini Give Away : Tq Followers | Masanya Kini Tiba!!!

- 21.20
advertise here
As Salam semua

Salam Hari Jumaat. Alhamdulillah, perang pertama telah selesai. Menunggu giliran perang kedua pada 17hb ni. Chuak-chuak! Tapi yang sekarang ni lagi tengah cuak. Cuak tunggu result Mini Give-Away : TQ Followers. Terima kasih pada semua yang sudi menyertai Mini Give Away ni. Ini adalah sebahagian daripada kasih sayang tuan punya Blog Hanya Dari Mata ni. Kehkehkeh. *feeling artis*. Sebenarnya semalam lagi dah ada keputusan, tapi since aku menumpukan fokus pada perang, jadi hold dulu lah... hehehe. Jadi, dah cukup rasanya aku menyeksa jiwa raga korang kan. Tak bek tahan lama-lama.  Ada gak yang meletup nanti. So, ini adalah keputusannya... 

- 2 Set Hair & Body Care La Source Series

by Crabtree & Evelyn



- 1x Eksklusif Custom Made Satin Shawl by KZ Nabihah Boutique

- 5 Blog X Blog Review @ Blog HDM

- 2 x Leopard Printed Cosmetic Bag inspired by ELLE



Jadi itulah nama para pemenang. KLIK SINI untuk tengok sekali lagi hadiah yang korang menang. Untuk terjah blog pemenang semua KLIK SINISekalung tahniah pada yang tersenarai. Yang takde jangan berkecil hati. Rezeki Allah itu melimpah ruah. Cepat atau lambat, pasti akan tiba. *khutbah Jumaat sekejap*. Pada yang berjaya ni, haaa jangan lupa tugasan anda seterusnya adalah: 

1. Emailkan  ---- Nama penuh *tak nak nama blog cam Kiah Propa ke hape ye* 
                      ---- Alamat tetap *nak datang beraya*
                      ---- Nombor telefon * tak akan dilelong*


Hantarkan details anda di SINI selewat-lewatnya ISNIN 12. 30 tengahari. Selepas waktu tersebut, jika tiada tuntutan dibuat, undian baru akan dicabut! Alert ye... 


2. Buat satu entry mengenai kemenangan anda ini. Tak kisah macam mana, panjang atau pendek asalkan menarik. Kasi gempak sikit entry korang tu, sebab aku pun akan promote sekali entry tu. Kira macam promote sekali blog korang lah. 

3. Pada yang menang review blog, blog korang akan dipromote dan direview untuk 1 entry. Kira setiap orang dapat 1 entry ye. Tak mo gaduh-gaduh.  Jadi, korang boleh hantarkan pada aku url blog, kekuatan blog dan 3 entry terbaik korang untuk memudahkan urusan review. Malahan kalau korang tak kisah, aku akan bagi beberapa komen dan idea bagi penambahbaikan blog korang. Boleh? Setuju?


Sekali lagi, tahniah dan terima kasih semua. Harapnya korang berpuas hati lah dengan sistem undian aku ni. Yes, 100% tak gunakan random.org. 100% gunakan rezeki korang. Jangan ada yang muncung-muncung ye. Lots of love... 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search