First Time Ke UPM. Cantiknya...

- 01.23
advertise here
As Salam semua

Entah macam mana, lepas exam Jumaat lepas cakap dengan dia yang aku tak pernah pun masuk UPM, UKM dan UITM Shah Alam. *yes aku budak kampung*. Teringin sangat sebenarnya. Terus je dia meluncur laju tekan pedal minyak kereta. "Jom kita round-round UPM dengan UKM". Wah, gembira aku. Ye lah, tak penah jenguk kot. Dengar nama je. Paling-paling pun, lalu depan gate je. Firstly aku memang nak puji UPM memang cantik! Aku terpesona sekejap. Sebab aku pegi waktu petang, jadi rasa heningnya. Pokok-pokok kat situ, waduh meruntun jiwa sangat. Melambai-lambai. Terbuai sekejap. Ligat mata aku pandang kiri dan kanan. Tinjau sana sini. Bukan cari mamat hensem, tapi cari pokok Tahajjud Cinta. Haa, sapa tau? Alaa pokok yang femes tu. Dalam cover CD Siti Nurhaliza ada, dalam Lagenda Budak Setan pun ada. Ingatkan kalau jumpa, nak lepak bawah tu. Baru rasa romantik kejap. Syahdu.


Dalam hati sempat cakap "Apasal lah UM tu ciput je. Satu round dah habis UM. Tak lawa!  Boleh tak nak mintak tukar U?" Kehkehkeh. Punyalah syok, hari dah malam jadi niat ke UKM dan Uitm Shah Alam dibatalkan. Lain kali kot! 

Udang melingkar! 

Lepas maghrib, rasa macam tak complete pulak kalau tak makan-makan kan. Dia memang dah lama ajak makan steamboat ni. Tapi tak berkesempatan. Last-last RED WOK pilihan kiteorang. Memang best. Puas kau makan. Satu kepala, RM 33. Pilihan memang tip top dan fresh. Kau pilih je, nak seafood ada, nak ala yong tau foo ada, semua ada lah. Pilihan sangat banyak. Bukan tu je, ais krim  pun turut disediakan. Pilih je tekak kau mengidam nak mana. Mesti ada. Kalau korang nak try, baca info dan maklumat DISINI.

Ni pulak map nak ke Red Wok Restaurant.



p/s: Tak sempat amik gambar banyak sebab syok makan. 




Advertisement
 

Start typing and press Enter to search