Calon Pemenang Mini Give Away : TQ Follower | Kotak Ajaib

- 23.55
advertise here
As Salam semua

Masing-masing berdebar kan tunggu keputusan Mini Give Away : TQ Followers? Sabar-sabar-sabar ye sayang-sayang semua. Tapi ini ada berita yang lagi mendebarkan... Aku baru je lepas tulis-potong-kumpul semua nama CALON PEMENANG. Nak tengok kotak ajaibnya? 

Kotak Ajaib aku-korang
Walaupun cuma 124 orang yang menyertai, *Alhamdulillah*  tapi boleh tahan jugak lah nak menulis dan potong line-by-line paper tu. Aku terbayang pulak, kalaulah Nisa Kay hari tu guna cara aku. Mati ooo tulis nama dekat 800 orang! 

Haaa nama sapa tu??? Angkat tangan! 

Jadi, keputusannya adalah....jeng-jeng-jeng








Eh...Eh..Eh... sabar! Bukan dalam entry ni. 


Korang kena stay tuned, Insya-Allah aku akan umumkan dalam masa terdekat. Tapi sebelum tu, aku nak bagitahu bahawa masa untuk check link korang masih ada iaitu sehingga jam 12.00 malam (Rabu-4/1/12) sahaja. Selepas tarikh tersebut, mana-mana pihak yang ada masalah dengan url link atau nama tercicir akan dipertimbangkan atau boleh disingkirkan. Mengikut budi bicara Ketua Hakim Negara. Ecececeh! Check betul-betul, nama dan url blog. Betul tak. Dan kalau baik hati, tolong bagitau calon-calon lain ye untuk buat benda yang sama. 


Fuh, aku sendiri berdebar lah! 


All the best semua. Doa cepat nama korang membawa rezeki. Amin! 



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search